Salam hormat pembaca setia semua.
Lama juga saya menyepi sama ada untuk update artikel terbaru di blog ini, melayan kawan-kawan di facebook dll. Sejak saya balik dari bercuti ke Langkawi bulan lepas, saya ditimbunkan dengan beberapa lagi komitmen yang menjadi penyebab saya jarang online buat beberapa ketika. Namun dengan kesibukan yang sungguh mencabar ini saya sempatkan juga untuk berkongsi post terbaru yang mungkin bermanfaat kepada pembaca semua.
Biasanya saya suka berkongsikan keistimewaan, keseronokan, kegembiraan mengajar tuisyen. Namun tidak adil sekiranya saya tak kongsikan apakah cabaran dan tekanan yang bakal menimpa cikgu-cikgu tuisyen diluar sana. Sebenarnya post kali ini, ada saya kongsikan dalam bab 17 buku pertama saya iaitu ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘. Mereka yang telah mendapatkan buku tersebut mungkin dah tahu tentang ini, namun saya ‘refresh’kan lagi sebagai kebaikan kepada diri sendiri.
Lumrah dalam setiap kerjaya yang kita ceburi pasti ada rintangan dan tekanan. Masalah boleh berlaku dalam banyak situasi dan keadaan. Namun saya akan berkongsi dengan anda cara terbaik untuk menangani segala masalah yang timbul dalam anda sedang bergelar cikgu tuisyen ini.
a) Pelanggan tidak jadi mengambil anda
Sehingga bab kali ini anda telah sedia maklum apa yang saya maksudkan sebagai pelanggan? Baiklah saya ingatkan anda kembali. Pelanggan anda adalah ibu bapa, pelajar, ejen tuisyen dan pengusaha pusat tuisyen. Jelas kenapa saya menganggap mereka sebagai pelanggan, kerana merekalah yang akan memberi wang kepada anda.
Sebagai pelanggan mereka mempunyai hak untuk memilih. Justeru itu anda perlu mempunyai strategi yang cukup baik untuk menarik pelanggan anda menggunakan perkhidmatan tuisyen anda. Jadi anda perlu akur sekiranya pelanggan anda tidak jadi menggunakan perkhidmatan tuisyen anda. Apa anda perlu lakukan adalah, teruskan khidmat cemerlang anda. Pastinya pelanggan lain sedang menanti.
Jangan mudah putus asa. Kerana penolakan ini sebenarnya yang mengajar anda untuk lebih baik pada masa akan datang. Anda perlu analisis dan buat ‘post mortem’ . Anda perlu kaji kenapa mereka menolak khidmat anda. Mungkin ada hikmah dengan penolakan tersebut.
b) Hujan, panas, kesesakan lalulintas
Jika cuaca panas bebanan agak kurang berbanding cuaca hujan. Bagi anda yang mempunyai kenderaan motosikal, jika keadaan hujan maka memang tiada jalan lain melainkan anda berteduh sehingga hujan berhenti. Jadi maklumkan segera kepada pelajar atau ibunya keadaan anda waktu itu. Elakkan perkara mereka ternanti-nanti kedatangan anda.
Sekiranya hujan berlanjutan dan memberi masalah kepada anda, maklumkan kelas ganti akan anda adakan di hari yang lain. Bagi yang berkereta pula, hujan tidak menjadi masalah untuk sampai pada masa yang telah ditetapkan. Masalah bagi anda yang berkereta adalah kesesakan jalan raya.
Oleh itu apa yang anda perlu lakukan adalah buat pemerhatian jalan ke tempat tuisyen yang anda bakal terima. Jika jalan menuju tempat tuisyen anda memang umpama neraka bagi anda, fikirkan masak-masak tawaran tuisyen di tempat tersebut. Cuma apa yang istimewanya adalah waktu anda ke tempat tuisyen sebenarnya adalah bukan waktu ’pick hour’. Anda akan mula keluar mengajar sekitar tengahari. Jadi sebenarnya masalah ini boleh diatasi dengan jayanya.
c) Pelajar tidak konsisten
Kadang-kadang pelajar yang tuisyen dengan anda adalah pelajar yang memang bermasalah. Mereka hanya dipaksa tuisyen oleh ibu bapa, sedangkan mereka langsung tiada minat untuk belajar. Perkara ini memang boleh berlaku. Sekiranya ini berlaku anda perlu maklumkan segera kepada ibu bapa mereka supaya anda tidak terbeban di kemudian hari. Bukan saya maksudkan anda perlu lepas tangan dan tinggalkan pelajar tersebut.
Dalam hal ini kita sama-sama membantu menaikkan semangat pelajar tersebut. Inilah cabaran sebagai seorang pendidik. Bukan hanya mengajar ilmu tetapi juga memberi kesedaran tentang kepentingan ilmu itu. Saya sendiri pernah beberapa kali mendapat pelajar seperti ini.
Syukur, sepanjang sesi tuisyen bersama saya akhirnya pelajar saya menjadi pelajar yang boleh menggembirakan hati mak ayah mereka. Teknik, strategi dan perancangan yang terbaik perlu dilaksanakan mengikut peringkat bagi menghasilkan natijah yang mengagumkan. Perkara ini boleh dipelajari daripada pengalaman.
d) Bayaran lambat
Dalam banyak-banyak tekanan yang saya nyatakan saya yakin tekanan menerima bayaran lambat memang memberi kesan yang mendalam buat diri anda. ( perkara ini memang selalu berlaku diawal pembabitan saya sebagai cikgu tuisyen, namun saya dapat menanganinya berdasarkan pengalaman dari masa ke semasa ).
Memang sangat tertekan jika ‘parent’ buat tak faham apabila sampai di hujung bulan. Sedangkan anda sangat memerlukannya bagi menyelesaikan beban perbelanjaan anda. Tak apa, saya akan terus membimbing anda memberikan tips yang terbaik menangani masalah ini. Ok, katalah anda berada di hujung bulan pengajaran. Jadi apa yang anda perlu gunakan adalah pendekatan psikologi kepada ibu bapa yang memang liat bab membayar yuran tuisyen ini.
Hantar sms kepada mereka yang berbunyi : ’ Prestasi anak akak pada bulan ini sangat memuaskan. Saya yakin dia boleh score dalam exam nanti. Kerjasama antara semua pihak memainkan peranan. Saya akan buat yang terbaik untuk anak akak. Yuran bulan lepas adalah 8 x 2 jam x RM 40 = RM 640 ( 8 kali kedatangan, setiap sesi kita jalankan 2 jam pengajaran dan 1 jam kita kenakan RM 40 ). Harap maklum’.
Hantarkan kandungan sms ini kepada si ibu dan si ayah pelajar bagi mengingatkan mereka tentang bayaran sudah tiba untuk dibayar kepada anda. Hasilnya nanti akan anda lihat sangat berkesan dan anda telah terhindar daripada dibayar lewat. Mudah kan?
e) Kenderaan rosak
Perkara ini memang kadang-kadang boleh berlaku jika kita tidak pandai menguruskan kenderaan yang kita gunakan. Saya nasihatkan anda perlu memeriksa keadaan kenderaan agar terhindar daripada masalah kerosakan. Jika ini berlaku maklumkan kepada pelajar dan ibu bapanya dengan segera. Dan anda perlu menggantikan kelas tersebut di waktu yang lain.
Pernah suatu ketika pengalaman saya dimana kereta saya dimasukkan ke bengkel untuk disenggarakan selama semingggu. Aduh, terseksa rasanya jika patah kaki ini. Tetapi saya masih ada motosikal sebagai pengganti.
f) Jadual tidak tetap
Kebiasaannya permintaan tuisyen bermula dari waktu cuti sekolah iaitu sekitar Disember. Di awal kelas ini jadual kelas boleh berubah disebabkan penyusunan jadual yang masih lagi belum tetap. Begitu juga pada bulan-bulan menghampiri peperiksaan penggal dan peperiksaan utama seperti UPSR, PMR dan SPM.
Jadual boleh berubah disebabkan permintaan akan banyak secara mendadak. Jadi anda perlu pastikan jadual disusun dengan teratur dan sesuai dengan masa anda. Kata kunci yang perlu ada pada diri anda ’Disiplin Diri’. Jangan dengan sewenang-wenangnya untuk mengubah masa kelas tanpa perancangan yang teliti.
g) Gangguan
Banyak faktor yang boleh mengganggu anda. Antaranya ketika waktu kelas dijalankan ada gangguan televisyen dan radio. Selain itu bunyi bising kenderaan dijalan raya, membaiki rumah, bayi menangis dan bermacam-macam dugaan boleh mengganggu kelas anda.
Anda perlu bijak menangani situasi tersebut agar pelajar anda terus fokus dengan pengajaran yang anda sampaikan. Kadang-kadang gangguan ini boleh berlanjutan jika anda abaikan. Sekiranya masalah berlanjutan, cuba berhubung dengan pihak ibu bapa pelajar untuk mendapatkan jalan penyelesaian.
h) Ibu bapa yang tiada kerjasama
Terdapat juga sesetengah ibu bapa yang kurang memberi kerjasama. Mereka hanya pentingkan urusan kerja dan perniagaaan mereka. Jadi perbincangan yang telus dan hubungan mesra antara anda dengan ‘parent’ amat perlu. Dalam mencapai kecemerlangan anak-anak, ibu bapa perlu bersama-sama mengambil berat dengan prestasi semasa anak-anak.
Jika ada berlaku masalah, anda perlu bawa berbincang dan ini adalah sebaik-baik penyelesaian. Terpulang kepada anda untuk meneruskan kelas tuisyen tersebut atau sebaliknya jika masalah ibu bapa pelajar yang tidak memberi kerjasama ini tidak mampu diselesaikan.
Saya kongsikan topik ini supaya bakal Cikgu Tuisyen diluar sana jelas apa yang bakal berlaku dalam industri ini. Ini menjadi kelebihan supaya kita boleh bersiap sedia dan berwaspada sekiranya ianya berlaku pada diri kita. Saya kongsikan perkara tersebut yang pernah saya sendiri alaminya. Dan pastinya setiap cabaran tersebut ada jalan penyelesaiannya. Ianya membantu kita lebih matang dalam proses menyelesaikan masalah yang mendatang.
Mungkin juga ada di kalangan Cikgu Tuisyen diluar sana yang boleh tambahkan dan kongsikan apa yang kalian pernah lalui. Apa yang dikongsikan adalah sebagai pengajaran yang perlu kita ambil iktibar supaya kawan-kawan kita yang lain tidak ulanginya.
Semoga post kali ini ada manfaat bersama. Saya amat alu-alukan sebarang komen dan pendapat dengan berkongsinya di ruangan bawah blog ini. Semoga berjaya semua!
Penulis ;
MasterYus.Com
Saya pn zuraidah telah 10 tahun berkecimpung dalam perniagaan tuisyen di Kuantan. Persaingan yang sengit bermula tahun 2010 sehinggalah sekarang, tapi alhamdullillah masih bertahan walaupun berbagai cabaran yang mendatang. Kalau kata nk kaya dalam biz ni tidak jugak tapi boleh menampung aliran tunai keluarga walaupun margin keuntungan sedikit. Sedikit perkongsian, kita perlu wujudkan komuniti pengusaha pusat tuisyen agar kita dapat bersaing secara sihat dan membantu each other bila diperlukan. Mungkin bimbingan, training perlu untuk kita lebih maju dan tidak berada ditakuk yang lama. mohon pandangan admin
Info yang sangat bagus=) terima kasih MY dan sahabat semua. Inshaallah x lm lagi saya pun nak mula buat servis home tuition juga..rase semangat sangat bila baca blog MY nie..keep it up MY !!
Tiap hari kita menjual,jual apa sahaja termasuk produk kita…pelbagai cara kita guna utk menjual termasuklah menjual kelebihan, kekuatan, faedah dll sebelum sampai keperingkat proses jualbeli. Apa yg dikatakan oleh saudara farhan tu ooo saya ppun akui juga, senang utk menjual tapi bab paling susah ialah pungut utang.
Apa yang diutarakan oleh MY mengenai cabaran diatas memang telah dilalui oleh guru tuisyen masa sekarang termasuk sya sendiri. Pelanggan tidak jadi menempah perkhidmatan yang ditawarkan pasti ada sebabnya. Mungkin kah disebabkan oleh ‘offer’, faedah atau isu kepercayaan yang timbul dalam fikiran mereka?atau mungkin mereka kekurang info mengenai difinisi guru tuisyen dan guru yang mengajar di sekolah.
Lemah akademik dlm diri pelajar adalah satu cabaran yang agak mencabar, ibubapa menghantar anak-anak adakalanya tugasan mendidik tidak mampu mereka tangani jadi memilih guru tuisyen face to face adalah jalan yg terbaik untuk mereka. Inilah perbezaan ketara antara ibubapa dan guru iaitu membina otak dan minda adalah tugas sungguh mencabar utk guru dan guru tuisyen manakala ibubapa memainkan peranan yg penting dalam membina watak anak-anak dan sebagai pelajar di rumah mereka.
Saya pun pernah menerima bayaran lewat dari parents atau sesiapa saja yang pernah menerima servis pendidikan dari guru tuisyen. Memang agak susah juga disebabkan komitment hasil dari serivs itu boleh digunakan untuk tugasan lain atau dengan kata lain sebagai pusingan modal. Namun belajar dari pengalaman, setiap situasi yang kita alami sure ada penyelesaiannya.
Oh memang payah juga kalau kereta masuk bengkel ye MY? nasib baik ada motorsikal…tapi kalau motor x ada..lagi siksa..idea banyak berjalan..kaki tak berjalan ke tempat tersebut..huhuhu..
Rasanya jadual pun sangat penting untuk menetapkan setiap tugasan sebagai guru. Jadual kita antara parent sangat memainkan peranan dlm tugas jika tidak itu sebabnya kadang-kadang ada mis communication…Mudah kita memberi ilmu sebab persekitaran, saya akui fokus itu sangat penting semasa mengajar jika tidak apa yg diajar susah diterima oleh pelajar pelajar ini.
Biarlah kita sebagai guru mampu membina otak dan minda pelajar dan di rumah kita sebagai ibubapa mampu juga membina watak anak-anak supaya seimbang menerima pembelajaran apabila mereka kesekolah kelak.
Terima kasih dgn info yg sungguh bermanfaat dari saudara MY..
wow. kalau cikgu ni buat ebook mesti mantap :>
Info tambahan yang amat membantu daripada seorang lagi yang berpengalaman. Terima kasih Cikgu Suhaily 🙂
@Sulastri : Digabungkan pula dengan karya Cikgu Sulastri dan dihebahkan menerusi media pasti jualan meletop 🙂
Yang section d) tu..bayaran lambat..aduyai..pening gak.ada satu parent nie.duit minyak dah kua..invoice dah bagi..sms dah hantar..tapi lambat gak bayar..pastu dapat idea..call je terus parent pastu terus dia bank in. kadang2 parent student nie busy sangat dengan bussiness sampai terlupa bayaran tuisyen..
Yang (a) Pelanggan tidak jadi mengambil anda..memang mula2 moral down sket bila tidak jadi amik khidmat tuisyen.katanya terlalu mahal (padahal saya kenakan stadard rate)..tapi bila fikir balik..baik tak jadi amik daripada dia tak bayar langsung
Soal bayaran sebenarnya mana-mana bisnes pun boleh berlaku kelambatan.
Suka saya tekankan disini, apabila kita telah sistemkan cara pembayaran maka akan datang ianya akan memudahkan kita.