Buku fizikal yang bertajuk ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘ telah berada di pasaran kedai-kedai buku Malaysia sejak April 2009. Buku ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Pengarah MPH iaitu YB Datuk Dr Abdullah Abdul Rahman semasa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada 17-26 April 2009.

http://masteryus.com/panduan-tuisyen/pelancaran-buku-true-wealth-sdn-bhd/

Buku ini telah mendapat sambutan yang hangat oleh pengunjung Pesta Buku ’09 tersebut. Ini kerana buku ini akan memberikan Panduan dan Kaedah Mudah dan Cepat untuk memulakan tuisyen walaupun secara sambilan. Idea-idea yang dilampirkan adalah amat praktikal kepada pembaca untuk menceburkan diri dalam bidang tuisyen.

Buku ini menerokai industri tuisyen yang berpotensi tinggi dan berupaya menjana pendapatan yang lumayan tanpa perlu bekerja secara konvensional. Antara topik yang mendapat liputan di dalam buku ini adalah Rahsia dan Keistimewaan menjadi Cikgu Tuisyen, Strategi Mempromosi Pantas dan Jimat, Teknik dan Kemahiran Mengajar yang Magis dan Luar Biasa dan Persiapan/Persediaan untuk mula mengajar tuisyen.

Antara kandungan yang mesti anda baca adalah:

Bab 1 – Gambaran awal tentang tuisyen
Bab 2 – Apakah itu tuisyen
Bab 3 – Bingkisan seorang cikgu tuisyen daripada sambilan ke sepenuh masa
Bab 4 – 10 peluang bagaimana membuat duit sampingan
Bab 5 – 5 sebab mengapa anda perlu lakukan tuisyen
Bab 6 – 10 perkara yang melayakkan anda bergelar cikgu tuisyen
Bab 7 – Perbezaan home tuition dengan tuition centre
Bab 8 – Pendapatan cikgu tuisyen sambilan atau sepenuh masa
Bab 9 – 10 rahsia dan keistimewaan menjadi cikgu tuisyen
Bab 10 – 10 rahsia bagaimana anda akan diterima untuk mengajar tuisyen
Bab 11 – Tip membuat profil yang menarik perhatian pasaran tuisyen
Bab 12 – Strategi promosi berkesan lagi unik
Bab 13 – 8+1 rahsia kaedah pemasaran hebat dan berkesan
Bab 14 – Persiapan sebelum mengajar tuisyen
Bab 15 – 10 rahsia cara menarik perhatian ibubapa dan pelajar (pelanggan)
Bab 16 – Pengurusan kelas yang sistematik dan cara pembayaran
Bab 17 – 8 cabaran dan tekanan yang perlu anda ketahui sebagai cikgu tuisyen
Bab 18 – 7 langkah cara set-up pusat tuisyen
Bab 19 – Kesimpulan tentang bagaimana untuk menjadi cikgu tuisyen yang mampu menjana pendapatan lumayan

Anda boleh mendapatkan buku ini daripada saya. Tak perlu pergi ke MPH/Kinokuniya/Popular dll, tak perlu bersesak nak bayar di kaunter, tak perlu bayar tol dan parking dan jimat minyak kereta anda. Anda boleh membuat tempahan hanya dihujung jari dan didepan PC anda.

Caranya:

    1. Buat pembayaran RM29 (harga pasaran RM29.90) secara online transfer/cash deposit ke akaun berikut: Maybank2u 164258378946 / CIMBClicks 14091364108527 (Yusnizam Mohamad Yusoff).
    2. Selepas membuat pembayaran, sila sms/whatsapp nama penuh, alamat penuh, emel dan nombor handphone ke 016-6332207. Pastikan alamat penuh dan poskod anda betul.
    3. Saya akan semak pembayaran tersebut, dan penghantaran akan saya lakukan dalam masa 48 – 72jam menggunakan Pos Express. Kos penghantaran adalah Percuma. Sila berikan nama dan alamat penuh berserta nombor handphone anda bagi mengelakkan masalah semasa penghantaran.
    4. Buku akan sampai didepan rumah anda. Mudah bukan?

Untuk lebih lanjut boleh terus dapatkan disini : www.CikguTuisyen.com

Semoga anda dapat manfaat daripada buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘ yang telah terbukti amat praktikal, kerana saya menulis berdasarkan pengalaman real saya sebagai Cikgu Tuisyen Sepenuh Masa.