Semalam saya baru sampai dari Kulim, Kedah jam 1 pagi. Orang lain sibuk balik kampung, kami balik KL pula. Tahun ini giliran beraya di belah saya 🙂  .5 hari saya dan family berpuasa di belah isteri saya. Sampai rumah langsung tak boleh tidur, mengadap laptop sampai sahur. Disebabkan line broadband di Kedah kurang memberangsangkan, maka seminggu juga saya tak update blog ini dan beberapa kerja saya yang lain.
Tiba-tiba tajuk diatas menjerumus kepada buat duit pula. Tak salah kan?
Sedar tak sedar selama saya lakukan tuisyen kerana memang minat saya terhadap mengajar. Dengan minat mengajar yang saya ada, sedar tak sedar ia merupakan kepakaran dan skill yang saya ada, walaupun dah lama saya sedar 🙂  .Saya telah bina kepakaran saya sejak bertahun-tahun yang lalu.
Saya kecilkan lagi skop tajuk diatas dengan contohnya sekali. Saya nak kongsikan apa yang membuatkan anda bakal berjaya dalam apa yang akan anda lakukan.
Langkah pertama:
Kenalpasti dengan jelas minat dan kemahiran anda (saya ada nyatakan dalam bab ‘Kelayakan menjadi Cikgu Tuisyen’ di buku saya). Ada orang yang masih kabur dengan minat mereka. Mereka kata minat mengajar, tetapi apa yang mereka nak ajarkan? Ada juga yang suka berkongsi, tetapi apa bahan yang mereka nak kongsikan?
Langkah kedua:
Kenalpasti dengan jelas pengkhususan kepakaran anda. Jika anda betul berminat untuk mengajar, subjek apa yang anda mahir? Topik apa yang anda boleh berikan kefahaman kepada pelajar anda tanpa merujuk buku?
Langkah ketiga:
Kenal pasti dengan jelas skill mengajar anda. Ada cikgu yang mengajar, anak murid susah nak faham. Mungkin penyampaian mereka yang ‘syok sendiri’. Anda perlu tahu cara untuk menyampaikan apa yang bakal pelajar anda pelajari. Bukti sama ada anda mempunyai skill mengajar adalah ‘Saya betul-betul faham cikgu’. Ini sepatutnya respon yang pelajar anda berikan.
Langkah keempat:
Kenal pasti dengan jelas target pelajar anda. Jika anda telah sampai ke langkah ketiga, maka siapa pula bakal pelajar anda? Jika anda berkemahiran mengajar Sains, maka Sains peringkat rendah atau menengah? Peringkat universiti juga masih ada subjek Sains.
Langkah kelima:
Bina keyakinan diri dan sedikit demi sedikit bina kredebiliti anda sebagai seorang cikgu. Nilai diri anda sama ada anda menjadi cikgu disebabkan duit semata-mata atau minat. Sebab hari ini ramai cikgu yang telah bertukar profesion kerana gaji sikit lah, kerja banyak lah dan lain-lain. Ada juga cikgu-cikgu yang bergelar cikgu jutawan hasil penglibatan mereka dalam MLM dan perniagaan lain.
Langkah keenam:
Terjemahkan minat dan kepakaran anda. Tak salah untuk anda mengajar secara Percuma untuk tempoh percubaan. Jika lepas pada tahap ini, maka duit pasti akan datang membayar khidmat anda. Anda boleh mengajar adik, jiran atau pun anak saudara anda secara Percuma sebelum anda meluaskan empayar khidmat yang anda jalankan.
Langkah ketujuh:
Lakukan promosi dengan smart. Munculkan diri anda dengan khidmat mengajar anda. Lakukan promosi dengan beretika membuktikan bahawa anda memang mempunyai minat dan kepakaran dalam bidang pengajaran. Jangan tunjukkan yang anda hendak mengajar kerana gaji/bayaran. Saya jamin jika pengajaran anda berkualti, anda pasti akan dibayar dengan kualiti yang anda tonjolkan.
Penyelesaian dan kesimpulan:
Saya kongsikan artikel ini atas sebab ada peserta yang hadir ke SeminarTuisyen.Com dalam keadaan masih kabur dengan minat dan kepakaran yang mereka ada. Post kali ini juga bukan sahaja untuk diaplikasikan dalam bidang pengajaran, bidang lain juga amat berguna. Kenal pasti dengan jelas apa yang anda hendak lakukan, nescaya anda pasti berjaya lakukan dengan cemerlang.
Ini adalah perkongsian ringkas daripada saya. Mana yang terkurang boleh lah anda tambahkan. Kadang-kadang orang akan terlepas pandang point yang patut mereka lakukan. Ada juga yang dah mulakan mengajar tetapi mereka masih tak sedar minat dan kepakaran sebenar mereka.
Assalamu’alaikum Wrmbth,
Menceburi bidang perniagaan memerlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi. Kalau boleh lebih baik buat bersendirian dari perkongsian. Dapat mengelakkan konflik di masa depan
Hai saya merupakan usahawan yang berjaya membuka pusat tuisyen yang kini telah berusia hampir dua tahun lamanya. Ingin saya kongsikan bahwaw bekerja makan gaji dengan menjadi ahli perniagaan adalah sangat berbeza sekali. Kepuasan akan dicapai apabila kita mendapat hasil dari perniagaan kita.. Saya memulakan pusat tuisyen dengan hanya berbekalkan sijil serta pengalaman bekerja 3 tahun. Pada awal pembukaan saya mengalami beberapa masalah seperti keuntungan sedikit serta cemuhan dan pandangan sinis dari ibubapa. Tapi semua itu saya ambil sebagai kata2 perangsang syukur kini saya boleh menarik nafas lega kerana dengan izin-Nya bisnen saya bertambah maju lagi…
Perkongsikan yang amat bagus. Saya sangat suka dan bersetuju 200%. Semoga cikgu terus sukses dengan perniagaan yang dijalankan.
Thanks bro…
Welcome bro..
Cikgu Ima (panggilan akan datang).
Saya pun bukan cikgu tapi sekarang dah jadi guru tuisyen full time. Belajar dari buku master yus “bagaimana menjadi guru tuisyen berjaya” dan satu lagi buku keluaran PTS. Seminar tuisyen pun belum pergi lagi tapi dah bayar masa promosi hari lahir MY bulan lepas.
Ya Cikgu Farhan, kita jumpa di seminar nanti ya!
salam, Mr Yus, adakah cuma cikgu jer yang sesuai buat tuisyen ni?saya yang tiada kelayakan pendidikan tiada peluang ker untuk tambah pendapatan dengan berkecimpung di dunia pendidikan ini?lagi satu,saya nak tanya pendapat Mr Yus tentang Program Score A, adakah Mr Yus pernah kaji tentang program ini? tq
terima kasih sbb bls. saya ada pusat tuisyen(PT) sendiri tapi sambutan krg menggalakkan. mngkn dah byk PT kot di tmpt sy di cheras. ada terpkr jgk nak wt di rumah sendiri. jimat kos, masa & sbgnya. ada perlu sy trskan ke atau wt dirumah saje. mohon pendapat MY.
Tahniah tuan Dzulfahmi kerana mempunyai perniagaan dan pusat tuisyen sendiri. Bukan semua orang mampu memiliki perniagaan seperti tuan.
Berkenaan sambutan, pendapat saya cuba tukar cara dan sistem bisnes kita. Guna pendekatan terkini seperti internet sebagai promosi & marketing. Jemput cikgu-cikgu yang betul-betul pakar mengajar/buat seminar di pusat tuisyen kita.
Buat networking dengan pesaing-pesaing kita, bukan dengan tujuan bersaing tetapi lebih kepada kerjasama win-win. Dan saya percaya potensi industri tuisyen amat menggalakkan ketika ini kerana pendidikan adalah perniagaan yang ‘evergreen’ dan diperlukan oleh ramai orang.
Salam semua,
nak tanya, boleh ker kita nak wt tuisyen & ajar ngaji di rumah sendiri. ada syarat2 ke yg perlu dipatuhi.
terima kasih
W’slm Dzulfahmi.
Syaratnya adalah perlu ajar ilmu yang betul dan tajwid yang fasih 🙂 .
Tiada masalah untuk mengajar di rumah sendiri. Ramai cikgu tuisyen bermula mengajar di rumah mereka, apabila pelajar semakin berkembang membuka peluang untuk fikirkan tempat yang lebih besar dan selesa seperti pusat tuisyen.
Harap dapat membantu.
@Eryn: Kerja yang kita lakukan jika tanpa minat maka tak akan kekal lama. Kita lihat betapa ramai Cikgu Tuisyen yang berhenti sekerat jalan kerana tujuan utama mereka adalah duit bukan kerana minat. Satu kepuasan apabila pelajar kita ada peningkatan dalam pelajaran mereka.
yup.. betoi2.. tp kdgkala pengalaman yg dtg dulu kemudian br minat.cthnya sy menjadi guru tuisyen asalnya nk cr keja p/time utk tambah pendapatan.. tp semakin mgjar..semakin gembira dgn kerja ini. lbh2 lg bl lihat student bnr2 fhm n ramai yg berkata ” cikgu, markah ujian sy mgu lps dpt “A”. ini membuatkan sy semakin b’minat mgjr tuisyen lalu menjadikan tujuan mgjr minat no 1 duit no 2 walhal asalnya duit no 1 minat lain cerita…
tahniah Cikgu Eryn…
betul tu…saya pun tanpa segan silu untuk membantu kalian free of charge!!! amacam…
kaedah kena betul…jika ada masalah, jangan segan2 berkongsi dalam blog yang berprestij ini…semua orang boleh berikan pendapat…boleh bantu malah boleh bagi job lagi…Bak kata Dr HM Tuah, Nak Ke Tak Nak!!!
Blog ini masih setahun jagung. Sokongan dan pandangan pembaca semua yang bakal menghidupkan motivasi saya untuk terus berkongsi pengalaman dalam bidang tuisyen.
Siapa2 yang nak kawin dan buat kenduri tanpa buat pinjaman loan, boleh join mangajar tusyen…insyaALLAH, impian anda akan menjadi kenyataan…yang penting ikhlas…betulkan niat…bab niat ni selalu dibincangkan oleh Dato’ Dr Fadzilah Khamsah…dengan niat, pahala dapat, gajaran pun dapat…insyaALLAH
Galakkan yang sungguh membakar daripada Cikgu Hazar. Tak cuba maka tak akan rasai nikmatnya. Ada juga dah cuba, tapi tersekat. Sebabnya? Masih tak kena cara yang betul la..
alhamdulillah…baru2 ni dapat beli peti sejuk dan mesin basuh cash (bukan riak)…pakai duit dari pendapatan tusyen…alhamdulillah…
Tahniah kepada Cikgu Suhaily dan Cikgu Zakry…insyaALLAH sama-sama kita ikhlaskan hati dalam pekerjaan ini…Semoga Allah akan membalasnya dengan rezeki yang mencurah-curah…amin…
Contoh yang paling praktikal boleh lihat Cikgu Hazar sendiri. Hasil pendapatan tuisyen dengan niat bersungguh-sungguh & ikhlas, maka dipermudahkan kumpul belanja kawen Mac lalu 🙂 .
Salam semua,
Bercakap tentang minat dan buat duit memang menarik. Saya masih baru dalam bidang tuisyen ini. Memang minat yang membawa saya ke arena ini. Kita perlu fahami tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Jangan semata-mata mahu ambil kesempatan bayaran yang mahal, kita lupa semua itu. Sekali lagi, terima kasih kepada MY di atas perkongsian yang amat berguna. InsyaAllah sama-samalah kita menjadikan profesion cikgu tuisyen ini gemilang dan berkualiti.
Terima kasih Cikgu Zakry, akhirnya ada juga perkongsian ikhlas daripada cikgu.
Untuk pengetahuan semua pembaca post ini, Cikgu Zakry adalah protege seminar saya yang lepas. Dan semalam beliau bertanyakan pendapat saya tentang peluang yang beliau terima berkenaan dengan pusat tuisyen. (saya tak perlu ulas panjang tentang hal ini, biarkan empunya diri yang berkongsi 🙂 )
Semoga hasrat Cikgu Zakry termakbul. Selamat maju jaya!
Salam,
Dari langkah yang diterangkan memang amat berguna sebagai panduan untuk menghasilkan pendapatan berpandukan kemahiran dan minat masing-masing.
Bakat sahaja tidak akan kemana, malahan jika dipaksa bakat ini berkerja tanpa kemahiran dan minat maka diri sendiri akan terkena balik. Setiap yang diberikan menjadi tidak berkualiti sekiranya apa yang disumbangkan semata-mata kerana wang. Seharusnya bakat ini disemai dengan minat + kemahiran barulah aura kekuatan dalaman dan luaran boleh dilihat dan dinilai oleh orang yang menerima khidmat dari kita.
Secara tidak langsung kepercayaan dengan sendirinya akan timbul tanpa paksaan dan dengan sendirinya juga promosi secara direct dan indirect akan berlaku. Saya pasti jika output yang kita keluarkan berkualiti sudah tentu tidak ada orang lain dicari melainkan diri kita. Akhirnya rangkaian akan berlaku dan kesinambungan akan berterusan selagi khidmat kita diperlukan. INSYALLAH.
Salam Ramadan menuju syawal, harap kita semua mendapat keberkatan dalam malam 10 akhir. INSYALLAH. Amat baik menjadi orang penting, akan tetapi lebih penting mejadi orang baik….
Satu lagi, ramai juga orang yang minat buat duit. Bukan buat duit dengan minat. Itu sebab kerja yang mereka lakukan tak kekal lama. Sekejap buat itu, kemudian lari kesini.
Terima kasih Saudara Suhaily dengan perkongsian berharga ini. Semoga pembaca sedar dan perbaiki niat masing-masing termasuklah diri saya sendiri.
saya selalu nasihatkan peserta seminar supaya ikhlaskan hati dan bersungguh-sungguh semasa mengajar…aura bersungguh2 itu akan sampai kepada student…insyaALLAH rezeki kita akan diberkati dan mencurah-curah…
Ada peserta yang datang semata-mata untuk duit. Bila telah dibongkar segala rahsia tuisyen, balik baru sedar kepentingan mengajar. At last niat hanya tinggal kenangan gara-gara nak duit segera.