Buat Duit Dengan Internet

Share

Minggu ini adalah minggu yang amat bahagia bagi diri saya. Tugasan saya yang semakin sibuk dengan menguruskan projek-projek baru, mengehadkan saya untuk fokus dalam sesuatu perkara.

Namun, minggu ini adalah cukup bermakna dan berharga kerana dapat kutip yuran-yuran tuisyen. Alangkah bahagianya…Rasa macam je baru dapat bulan lepas..Jadual kutip duit tuisyen ni, bermula minggu lepas lagi dan minggu ini.

Oh ya, berkenaan tajuk post kali ini, Buat Duit Dengan Internet. Saya taknak ulas panjang tentang topik ini sekarang, walaupun saya sememangnya nak ulas. Mungkin dilain masa saya akan kongsikan kepada pembaca semua.

Sungguhpun begitu, saya ada suatu sumber ilmu yang PERCUMA nak berikan kepada anda. Seorang rakan online saya, iaitu saudara Raja Kamil ada menerbitkan sebuah Ebook Percuma yang berkisarkan Buat Duit Dengan Internet.

Amat praktikal dan sarat dengan ilmu. Yang bestnya Ilmu Percuma! Saya sendiri telah mendapatkannya dan membacanya. Banyak juga ilmu yang boleh diaplikasikan. Apa yang perlu anda lakukan adalah cuma download. Itu sahaja. Selepas download, baca dan cuba praktikkan ilmu tersebut.

Ini adalah salah satu cara bagaimana anda hendak memulakan perniagaan Internet. Saya berikan sedikit riview tentang Ebook Percuma berikut. Pertama, cerita tentang Atan memang amat menarik. Terbuka minda saya dengan cerita tersebut.

Kedua, tentang Portal Online Lelong. Ya, saya juga pernah menggunakan portal tersebut. Beli handphone, dan jual semula handphone. Untung tak besar, tetapi pointnya memang UNTUNG tanpa keluarkan modal sesen pun.

Ketiganya, bagaimana Saudara Raja Kamil berkongsikan tentang Blog yang boleh menghasilkan duit. Memandangkan saya juga baru sahaja melancarkan Blog MasterYus.Com ini, maka memang amat bertepatanlah. Bagi anda yang baru berjinak-jinak menulis blog, saya amat sarankan anda baca Ebook Percuma ini. Penuh dengan informasi yang berguna kepada semua.

Meh download Ebook Percuma disini: Klik Sini PERCUMA!

Di lain post saya akan kongsikan lagi peluang-peluang yang boleh anda gunakan untuk Buat Duit Dengan Internet. Banyak lagi yang saya nak kongsikan kepada pembaca semua. Saya juga sedang menambah ilmu tentang Perniagaan Internet ini.

Semangat tengah berkobar-kobar untuk terus mendalami bidang internet selepas saya menghadiri sesi Preview Seminar Rahsia Perniagaan Internet oleh Dr Irfan Khairi semalam di Mid Valley. Saya nak mulakan ‘Try & Error’ kaedah yang telah IK kongsikan pada malam tersebut.

Saya harap anda juga telah terbuka minda untuk menjana pendapatan sampingan dengan menggunakan internet sebagai salah satu mediumnya.

p/s: Oh ya, sehubungan dengan ini juga, saya nak maklumkan tentang tarikh terbaru Seminar Hebat saya iaitu SeminarTuisyen.Com, insyaAllah akan saya adakan pada 5 Julai 2009. pssttt..dah ada yang register dan buat pembayaran. Saya amat terkejut!

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

3 Comments

Add Comment