Sepatutnya Mengajar Yang Baik, Ini Ajar Kelas Seks..Apa Nak Jadi ni?

Share
Guru Tuisyen Buat Kelas Seks

 

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

 

JOHOR BAHRU: Seorang guru tuisyen yang mengajar mata pelajaran Matematik ditahan polis kerana dikatakan turut menyediakan kelas seks serta menayangkan video lucah kepada seorang pelajarnya.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak bertahun lalu dan ia terbongkar apabila pelajar lelaki terbabit yang berusia 17 tahun dari Skudai di sini, menceritakan perkara berkenaan kepada keluarganya, kelmarin.
Berikutan itu, bapa pelajar berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Skudai di sini semalam dan bertindak atas laporan itu, polis menahan guru tuisyen lelaki terbabit yang berusia 30 tahun pada jam 11 pagi.

Dalam laporan berkenaan, bapa mangsa mendakwa guru terbabit dikatakan melakukan gangguan seksual dengan menayangkan video lucah serta meliwat mangsa sebanyak dua kali iaitu pada November 2008 dan Mei 2009.
Dia juga didakwa pernah melakukan seks oral dan mengajar teknik beronani kepada remaja terbabit yang kini sudah menamatkan pengajian tingkatan lima.
Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Superintendan Akhir Ishak ketika dihubungi berkata, lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Skudai.

“Berdasarkan laporan polis, remaja berkenaan mula menghadiri kelas tuisyen Matematik kelolaan guru terbabit sejak empat tahun lalu, iaitu ketika remaja berkenaan berusia 13 tahun,” katanya.
Menurutnya, guru terbabit direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan sebat.

Kredit diberikan kepada Harian Metro Online | http://www.hmetro.com.my/articles/Gurutuisyenbuatkelasseks/Article/

Tentang admin

Yusnizam Yusoff a.k.a Master Yus graduan dari Universiti Malaya KL. Telah berkecimpung dalam dunia Tuisyen sejak tahun 2000 hingga ke hari ini.Tidak pernah berkerja makan gaji, hanya bergantung kepada sumber pendapatan Tuisyen sepenuh masa. Impian beliau ingin memberitahu Rakyat Malaysia bahawa Tuisyen boleh manjadi sumber pendapatan utama menggantikan kerja makan gaji. Jom pakat hari ini mulakan Tuisyen!