Bengkel Usahawan Tuisyen di UITM Shah Alam

Share

Selamat mencipta keceriaan kepada semua pembaca.

Syukur Alhamdulillah pada 9 April 2011, saya dijemput oleh wakil Kelab Usahawan Permata Selangor iaitu Cikgu Azimah (beliau juga protege SeminarTuisyen.com) untuk berkongsi pengalaman dalam bidang tuisyen kepada hampir 30 orang mahasiswa/i Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam. Ada juga yang hadir adalah dikalangan bukan mahasiswa/i.

Bengkel Usahawan Tuisyen‘ yang dijalankan dari pagi hingga petang ini cuba merungkai apakah peluang yang terhidang dalam industri tuisyen ini. Bengkel ini adalah anjuran bersama antara Kelab TaHa UITM dan Kelab Usahawan Permata Selangor. Pastinya ada banyak peluang yang boleh dilakukan jika kita tahu potensi besar yang ada. Hasil pemerhatian saya, mahasiswa/i yang hadir mula nampak peluang dan potensi tersebut.

Saya juga dibantu oleh protege berjaya saya iaitu Cikgu Bashier yang sudi berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang mahasiswa dan pada masa yang sama sebagai seorang Cikgu Tuisyen.

Peserta bukan sahaja didedahkan dengan peluang sebagai seorang cikgu tuisyen, tetapi bagaimana daripada seorang cikgu tuisyen mampu bergelar sebagai seorang Usahawan Tuisyen.

Apa yang penting daripada bengkel tersebut adalah bagaimana kita merebut dan mengambil peluang yang telah kita nampak dengan jelas tersebut. Tiada gunanya jika kita hanya menanti dan menunggu. Dan tiada gunanya juga jika kita tidak bertindak sekarang.

Saya amat berterima kasih kepada semua yang hadir, pihak urusetia dan penganjur. Saya berterima kasih juga kepada En Aslam selaku Ketua Sekreteriat Kelab Usahawan Permata yang sudi meluangkan masa di bengkel ini. Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua. Selamat maju jaya! Besh!

-MasterYus.com-

bengkel-tuisyen

Tentang admin

Yusnizam Yusoff a.k.a Master Yus graduan dari Universiti Malaya KL. Telah berkecimpung dalam dunia Tuisyen sejak tahun 2000 hingga ke hari ini.Tidak pernah berkerja makan gaji, hanya bergantung kepada sumber pendapatan Tuisyen sepenuh masa. Impian beliau ingin memberitahu Rakyat Malaysia bahawa Tuisyen boleh manjadi sumber pendapatan utama menggantikan kerja makan gaji. Jom pakat hari ini mulakan Tuisyen!