Bijak Wang di TV3 6 Jun 2009

Share

Petang semalam saya sempat menonton ‘Bijak Wang‘ my favourite program. Rancangan Bijak Wang bersiaran di TV3 setiap hari Sabtu jam 7 petang yang dikendalikan oleh Hos Nurin Mastura dan Mentor Jutawan iaitu En Azizi Ali.

Kepada anda yang tak sempat menonton bual bicara tersebut, disini saya bermurah hati untuk berkongsi intipati yang dibincangkan kepada anda.

Pada episod live kali ini membincangkan tentang ‘Simpanan Peribadi‘. Pada perbicangan kali ini menyentuh bagaimana kebanyakan orang hari ini membuat simpanan selepas mereka menolak segala perbelanjaan. Ini adalah satu kesilapan besar. Jumlah Pendapatan – Perbelanjaan = Tabungan. Ini satu statement yang amat berbahaya kepada kewangan kita.

Yang sebetul dan sepatutnya adalah kita perlu utamakan tabungan daripada perbelanjaan. Ini bermaksud, gaji/pendapatan yang kita peroleh setiap bulan, sekurang-kurang 10% daripada income tersebut perlu disimpan terlebih dahulu. Selebihnya barulah kita membayar segala hutang, tanggungan dan perbelanjaan.

Jumlah Pendapatan – Tabungan 10% = Perbelanjaan.

Contoh, jika gaji/pendapatan anda RM4000 sebulan, maka minima RM400 wajib sebagai simpanan. Dan selebihnya barulah anda selesaikan segala urusan lain. Jika simpan lebih daripada 10% daripada pendapatan adalah lebih baik.

Ada seorang pemanggil daripada Kedah yang bertanyakan pendapat panelis. ” Gaji saya sebulan RM750. Dan perbelanjaan saya sebulan RM700. Dan saya hanya mampu membuat simpanan hanya RM50 sahaja sebulan. Bagaimana saya hendak mengatasi permasalahan ini?”

En Azizi Ali telah mencadangkan, pendapatan yang diterima setiap bulan perlu disimpan terlebih dahulu 10% daripadanya iaitu kira-kira RM75. Jika simpan kurang daripada nilai tersebut, ini bermakna kita akan parah dimasa akan datang. Dan beliau memberi cadangan untuk membuat kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Atau cari kerja yang lebih bagus incomenya setiap bulan.

Point lain yang perlu dikongsi bersama adalah tentang pembelian kereta. En Azizi Ali berkata, jika hendak membeli kereta, tempoh pinjaman yang perlu kita dapatkan adalah tak lebih daripada 1tahun. “Jika anda tak dapat selesaikan pinjaman kereta anda dalam masa setahun, maka sebenarnya anda tak layak untuk memiliki kenderaan tersebut”. Itu kenyataan beliau.

Beli kereta yang anda mampu. Jika tak cukup wang, beli kereta yang murah dahulu (aka kereta 2nd hand). Sepatutnya jika kita hendak/sudah bersedia untuk membeli kenderaan, kita perlu membayar 50% downpayment dan buat pinjaman sependek mungkin. Wohoho….baru sedar siapa diri kita sebenarnya.

Selain itu disentuh juga berkaitan dengan simpanan untuk persaraan. Menurut kajian, simpanan KWSP hanya mampu bertahan selama 3 tahun sahaja selepas seseorang itu bersara. Ini bermakna, jika anda pencen pada usia 55 tahun, simpanan KWSP anda akan habis pada usia anda 58 tahun. Sungguh menakutkan..

Sepatutnya setiap orang yang telah bersara, mereka telah ada passive income. Sebagai contoh, sepatutnya pesara perlu ada dalam simpanan mereka berjumlah 500k dimana jika dibuat pelaburan wang tersebut yang mempunyai pulangan 10% setahun , maka keuntungan mereka adalah 50k setahun. Ini bermakna, passive income mereka setiap bulan adalah 4k++ tanpa mengusik simpanan tadi. Huh..besar tu.

Jika setakat terima wang persaraan bernilai 100-200k itu sebenarnya menyusahkan diri kita dan sepanjang 30-40 tahun kita berkerja adalah sia-sia.

Saya mengingatkan diri saya dan isteri agar berjaga-jaga dengan status kewangan setiap bulan. Walaupun income setiap bulan tinggi, tidak semestinya kita mampu untuk menyimpan banyak dalam tabungan. Kepada kaum hawa, berpada-padalah ketika berbelanja (khas untuk isteri saya yang baru sahaja dapat 2pasang baju bernilai RM200++ di Nilai Square tengahari tadi lepas balik kenduri kahwin). Oh, ingatlah orang yang tersayang 🙂

Anda ada tips kewangan yang boleh dikongsikan?

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

7 Comments

Add Comment