Bermula dengan Cikgu Tuisyen, kemudian bertukar status kepada ______

Share

Salam muhibbah semua,

Dalam dunia pendidikan cabangnya amat luas. Suka untuk saya kongsikan beberapa idea yang mungkin boleh memberikan gambaran dengan lebih jelas kepada mereka yang berada diluar sana. Saya merasakan idea ini tidaklah terhad dan tidak juga wajib dilaksanakan, ianya lebih kepada pilihan yang terletak ditangan masing-masing.

Saya akui, sejak dibangku sekolah lagi, saya bercita-cita untuk menjadi pendidik. Cita-cita ini tidak pernah pudar hingga ke hari ini. Saya seronok dan puas apabila dapat berkongsi ilmu kepada pelajar-pelajar. Walaupun pemberian yang tidak seberapa hanya sebagai seorang cikgu tuisyen, namun jelas ianya memberikan kepuasan kepada diri saya sendiri.

Impian saya sedikit lari daripada landasan awal dimana semasa di matrik (KMPP Kolej Matrikulasi Pulau Pinang), saya telah memilih jurusan IT dan UM sebagai pilihan pertama borang UPU. Dan tuhan telah takdirkan saya dicampak dan mendapat tawaran masuk ke Universiti Malaya dengan pilihan utama tersebut. Pada waktu itu saya tak tahu kenapa.

Rupa-rupanya cita-cita saya memang ke arah pendidikan apabila saya mula berjinak-jinak dengan dunia tuisyen. Minat yang tak boleh dibelah bahagi lagi. Saya hanya cukupkan syarat sebagai mahasiswa UM dengan jurusan IT walaupun hati pada menjadi guru. Noktah..

Tuhan benar-benar membuka pintu peluang untuk saya teruskan cita-cita menjadi pendidik dan dengan gelaran ‘Cikgu Tuisyen‘, saya merasakan ianya sudah memadai.

Baiklah kawan-kawan, itu serba sedikit pengalaman awal saya dalam bidang pendidikan ini. Saya nak kongsikan disini, apa peluang lain yang boleh kita lakukan selain hanya menjadi cikgu tuisyen sahaja. Nak ke kita jadi cikgu tuisyen seumur hidup? Tepuk dada, tanya hati masing-masing.

Daripada cikgu tuisyen, saya pernah ditawarkan menjadi jurulatih (trainer) oleh salah sebuah syarikat konsultan pendidikan iaitu Harmony Excellence. Selepas itu beberapa lagi konsultan melamar saya dengan jawatan yang sama. Saya hanya terima sebagai jurulatih ‘freelancer’ sahaja dan ketika itu masih lagi berada di UM. Jika ada program/bengkel/seminar hujung minggu dan cuti sekolah, saya akan dipanggil untuk kendalikannya. Ianya bergantung juga dengan masa semester saya.

Daripada jurulatih, saya mula belajar dan berjinak-jinak untuk menjadi seorang speaker memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah. Juga saya belajar daripada guru pakar untuk mengajar subjek di sekolah-sekolah dengan bilangan pelajar yang berjumlah 100 pelajar dan keatas. Sehingga hari ini, jemputan masih ada lagi, alhamdulillah. Saya terpaksa tak terlalu ‘expose’kan hal ini kerana saya ni jenis ‘Low Profile’ 🙂

Saya juga pernah menjadi pensyarah sambilan di kolej-kolej swasta. Protege-protege SeminarTuisyen.Com tahu berkenaan hal ini. Dan hingga hari ini (blog ini ditulis), saya masih lagi sebagai ‘freelance lecturer’. Ianya bergantung kepada subjek dan semester. Mereka akan panggil sekiranya diperlukan.

Apa yang saya kongsikan diatas ini adalah pengalaman saya sendiri. Ianya pengalaman benar yang telah saya lalui. Ini apa yang boleh kita jadi, selain sebagai cikgu tuisyen. Kawan-kawan dah dapat idea daripada kisah ini?

Baiklah, saya nak kongsikan lebih lagi daripada apa yang kita boleh jadi kepada bisnes apa yang boleh kita jalankan.

Daripada seorang cikgu tuisyen, kita boleh jalankan perniagaan;

1.  Sudah tentunya membuka pusat tuisyen sendiri. Namun ilmu perniagaan perlu dikuasai terlebih dahulu ya. Jangan membunuh diri dengan terus terjun dalam bisnes tanpa ada panduan dan ilmu yang mencukupi. Dalam bisnes tuisyen, kita boleh bermula dari bawah atau cara pantas memulakan bisnes tuisyen dengan membeli bisnes tuisyen daripada orang lain. pssstt kawan….saya ada kongsikan berkenaan hal ini di buku ke-2 saya bertajuk ‘Rahsia Usahawan Tuisyen‘. Boleh dapatkan dikedai-kedai buku utama Malaysia seperti MPH, Kinokuniya, Popular dan lain-lain.

2. Konsultan pendidikan dengan menjalankan program-program motivasi, khemah ibadah, bengkel belajar, seminar subjek dan banyak lagi.

3. Membuka kelas-kelas belajar kepada dewasa seperti ‘English Conversation’, dan kanak-kanak seperti belajar membaca dan lain-lain.

4. Menjalankan bengkel dan seminar-seminar korporat serta orang awam.

5. Menjadi pengedar buku-buku sekolah, alat tulis, cenderamata dan banyak lagi yang diperlukan oleh sektor pendidikan.

Wahai kawan-kawan, apa yang saya kongsikan ini adalah idea yang boleh dikembangkan lagi. Yang penting ianya masih lagi dalam sektor pendidikan. Dan yang lebih penting, adakah anda minat untuk jalankannya dengan serius. Bagi saya, jika minat menjadi faktor utama, maka bisnes apa sekalipun ianya akan dilakukan dengan penuh komitmen dan serius.

Sekiranya ada sebarang idea lain dan ingin berkongsi pandangan kawan-kawan, saya amat alu-alukan. Dan artikel ini boleh dikongsikan kepada orang lain dengan syarat isi kandungannya mesti dikekalkan dan menjadi hak milik MasterYus.com sepenuhnya. Sebarang komen boleh ditinggalkan diruangan dibawah blog ini.

Semoga kawan-kawanku semua beroleh manfaat dan berjaya dengan apa yang sedang dilakukan.

Penulis,
MasterYus.Com

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

12 Comments

Add Comment