Berapa lama nak tukar status kepada Cikgu Tuisyen Sepenuh Masa?

Share

Sedar tak sedar, saya telah mulakan tuisyen sewaktu industri ini suram suatu masa dahulu. Tetapi hari ini tuisyen semakin bersinar!

Semasa saya mula-mula jumpa kehebatan tuisyen, saya masih lagi menuntut di UM. Waktu itu saya amat yakin tuisyen memang boleh memberikan pulangan yang lumayan. Maknanya saya bermula sebagai Cikgu Tuisyen secara sambilan iaitu ketika belajar. Apabila saya dah ada ilmu, teknik, cara dan strategi berkesan untuk kekal sebagai Cikgu Tuisyen, maka saya telah mengambil keputusan untuk menjalankannya secara Sepenuh Masa hingga ke hari ini.

3 tahun lalu saya pernah ditawarkan jawatan Pensyarah Sepenuh Masa di Master Skill (Kolej Universiti Master Skill) di Hulu Langat, tetapi saya terpaksa tolak dengan baik. Ini kerana gaji yang ditawarkan lebih rendah daripada pendapatan tuisyen yang saya terima. Saya fikir-fikirkan tawaran tersebut ada baik dan sebaliknya. Tetapi saya tetap dengan pendirian saya. Dan akhirnya saya hanya mengajar secara ‘Freelance’ aka kontrak disana. Saya tak pernah menyesal kerana saya memang ada pengalaman mengajar di beberapa kolej swasta sebelum ini. (Masa lepas grad, saya pernah buat part time lecturer di kolej swasta di Puchong dan KL)

Itu pengalaman manis saya. Bila kita dah rasa selesa dengan apa kerja yang kita lakukan, lebih-lebih lagi kerja tersebut adalah yang sebati dengan jiwa kita maka kita akan teruskan sampai puas. Kenapa saya kata puas? Ini kerana selagi kita belum mendapat kepuasan dalam kerja, maka selagi itu kita tak akan berhenti lakukan kerja tersebut. Bagaimana hendak mendapat kepuasan tersebut? Itu tepuk dada tanya hati masing-masing.

Menurut pakar, untuk mendapatkan kepuasan kerja maka lihat pada hasilnya. Saya pernah baca artikel tentang ‘Kepuasan berkerja‘. Menurut pakar tersebut (saya dah tak ingat nama beliau), hasil yang dimaksudkan adalah hasil kerja kita. Sebagai contoh jika anda seorang pereka laman web, maka hasil kerja adalah lama web yang telah anda bina. Jika saya sebagai cikgu tuisyen, hasil kerja saya adalah pelajar yang saya ajar faham dan berjaya dalam peperiksaan mereka. Maka dengan ini saya akan mendapat nikmat kepuasan berkerja. Anda semua faham wahai anak muridku? 🙂

Saya banyak menerima emel yang bertanyakan pendapat saya untuk menjadi Cikgu Tuisyen Sepenuh Masa. Ada antara mereka yang sangat tertekan dengan beban kerja, bebelan Bos umpama Harimau Belang, gaji tak cukup, tempat kerja jauh, kerja tak berbaloi, selalu outstation, selalu overtime, kerja shift dan 1001 masalah lagi la yang anda sendiri lebih mengetahuinya.

Nasihat saya, jangan terus berhenti kerja. Jadikan kerja yang anda sedang lakukan itu sebagai batu loncatan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Buat perancangan yang betul-betul teliti. Apabila ilmu telah cukup, maka waktu itu keputusan berada ditangan anda. Fikirkan keperluan utama anda. Jangan bertindak tanpa persediaan yang rapi. Saya sendiri banyak berbincang dengan isteri (penasihat peribadi) dan beberapa rakan kenalan untuk meminta pendapat mereka sebelum saya sendiri yang akan membuat keputusan tersebut.

Jika anda betul-betul minat dalam bidang pengajaran, maka itu adalah landasan terbaik untuk anda. Pilih betul-betul kerjaya yang kena dengan jiwa anda. Jika anda yakin dengan tuisyen, maka mulakannya secara sambilan dahulu. Tuntut ilmu yang berkaitan dengannya. Jumpa dengan orang yang berpengalaman dalam bidang tersebut. Tanya mereka sehingga anda betul-betul yakin bahawa anda akan membuat keputusan mengenainya.

Setiap orang lain sifat dan kemampuan mereka. Maka lihat kekuatan dan kemampuan anda. Jika semuanya telah berjalan lancar, maka keluarlah daripada kepompong makan gaji. Ini kerana anda perlu ingat ‘9/10 sumber punca rezeki adalah daripada perniagaan‘.

Persoalan bila anda hendak menukar status kepada Cikgu Tuisyen Sepenuh Masa? Jawapan ada pada diri anda. Saya mengambil masa bertahun-tahun (lebih kurang 3 tahun), sebelum saya tukar status tersebut. Hari ini masuk tahun ke-9 saya telah berpengalaman dalam bidang tuisyen (lama gak tu). Sebenarnya jika anda mempunyai hasrat untuk tukar status tersebut dengan lebih cepat daripada saya, jawapannya “Ya Boleh”. Ini kerana dulu tidak banyak sumber dan mungkin kerjaya ini kurang mendapat sambutan. Tetapi hari ini tidak lagi. Permintaan tuisyen sangat banyak.

Saya harap post kali ini membuka minda anda dan dapat membantu anda untuk melihat tarikh ‘Pertukaran Status‘ tersebut 🙂 Soalan cepu emas daripada saya kepada anda semua “Bilakah tarikh tersebut?”. Jawab kawan, jangan tak jawab (versi mencabar ni 🙂 ).

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

14 Comments

Add Comment