Sedar tak sedar, saya telah mulakan tuisyen sewaktu industri ini suram suatu masa dahulu. Tetapi hari ini tuisyen semakin bersinar!
Semasa saya mula-mula jumpa kehebatan tuisyen, saya masih lagi menuntut di UM. Waktu itu saya amat yakin tuisyen memang boleh memberikan pulangan yang lumayan. Maknanya saya bermula sebagai Cikgu Tuisyen secara sambilan iaitu ketika belajar. Apabila saya dah ada ilmu, teknik, cara dan strategi berkesan untuk kekal sebagai Cikgu Tuisyen, maka saya telah mengambil keputusan untuk menjalankannya secara Sepenuh Masa hingga ke hari ini.
3 tahun lalu saya pernah ditawarkan jawatan Pensyarah Sepenuh Masa di Master Skill (Kolej Universiti Master Skill) di Hulu Langat, tetapi saya terpaksa tolak dengan baik. Ini kerana gaji yang ditawarkan lebih rendah daripada pendapatan tuisyen yang saya terima. Saya fikir-fikirkan tawaran tersebut ada baik dan sebaliknya. Tetapi saya tetap dengan pendirian saya. Dan akhirnya saya hanya mengajar secara ‘Freelance’ aka kontrak disana. Saya tak pernah menyesal kerana saya memang ada pengalaman mengajar di beberapa kolej swasta sebelum ini. (Masa lepas grad, saya pernah buat part time lecturer di kolej swasta di Puchong dan KL)
Itu pengalaman manis saya. Bila kita dah rasa selesa dengan apa kerja yang kita lakukan, lebih-lebih lagi kerja tersebut adalah yang sebati dengan jiwa kita maka kita akan teruskan sampai puas. Kenapa saya kata puas? Ini kerana selagi kita belum mendapat kepuasan dalam kerja, maka selagi itu kita tak akan berhenti lakukan kerja tersebut. Bagaimana hendak mendapat kepuasan tersebut? Itu tepuk dada tanya hati masing-masing.
Menurut pakar, untuk mendapatkan kepuasan kerja maka lihat pada hasilnya. Saya pernah baca artikel tentang ‘Kepuasan berkerja‘. Menurut pakar tersebut (saya dah tak ingat nama beliau), hasil yang dimaksudkan adalah hasil kerja kita. Sebagai contoh jika anda seorang pereka laman web, maka hasil kerja adalah lama web yang telah anda bina. Jika saya sebagai cikgu tuisyen, hasil kerja saya adalah pelajar yang saya ajar faham dan berjaya dalam peperiksaan mereka. Maka dengan ini saya akan mendapat nikmat kepuasan berkerja. Anda semua faham wahai anak muridku? 🙂
Saya banyak menerima emel yang bertanyakan pendapat saya untuk menjadi Cikgu Tuisyen Sepenuh Masa. Ada antara mereka yang sangat tertekan dengan beban kerja, bebelan Bos umpama Harimau Belang, gaji tak cukup, tempat kerja jauh, kerja tak berbaloi, selalu outstation, selalu overtime, kerja shift dan 1001 masalah lagi la yang anda sendiri lebih mengetahuinya.
Nasihat saya, jangan terus berhenti kerja. Jadikan kerja yang anda sedang lakukan itu sebagai batu loncatan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Buat perancangan yang betul-betul teliti. Apabila ilmu telah cukup, maka waktu itu keputusan berada ditangan anda. Fikirkan keperluan utama anda. Jangan bertindak tanpa persediaan yang rapi. Saya sendiri banyak berbincang dengan isteri (penasihat peribadi) dan beberapa rakan kenalan untuk meminta pendapat mereka sebelum saya sendiri yang akan membuat keputusan tersebut.
Jika anda betul-betul minat dalam bidang pengajaran, maka itu adalah landasan terbaik untuk anda. Pilih betul-betul kerjaya yang kena dengan jiwa anda. Jika anda yakin dengan tuisyen, maka mulakannya secara sambilan dahulu. Tuntut ilmu yang berkaitan dengannya. Jumpa dengan orang yang berpengalaman dalam bidang tersebut. Tanya mereka sehingga anda betul-betul yakin bahawa anda akan membuat keputusan mengenainya.
Setiap orang lain sifat dan kemampuan mereka. Maka lihat kekuatan dan kemampuan anda. Jika semuanya telah berjalan lancar, maka keluarlah daripada kepompong makan gaji. Ini kerana anda perlu ingat ‘9/10 sumber punca rezeki adalah daripada perniagaan‘.
Persoalan bila anda hendak menukar status kepada Cikgu Tuisyen Sepenuh Masa? Jawapan ada pada diri anda. Saya mengambil masa bertahun-tahun (lebih kurang 3 tahun), sebelum saya tukar status tersebut. Hari ini masuk tahun ke-9 saya telah berpengalaman dalam bidang tuisyen (lama gak tu). Sebenarnya jika anda mempunyai hasrat untuk tukar status tersebut dengan lebih cepat daripada saya, jawapannya “Ya Boleh”. Ini kerana dulu tidak banyak sumber dan mungkin kerjaya ini kurang mendapat sambutan. Tetapi hari ini tidak lagi. Permintaan tuisyen sangat banyak.
Saya harap post kali ini membuka minda anda dan dapat membantu anda untuk melihat tarikh ‘Pertukaran Status‘ tersebut 🙂 Soalan cepu emas daripada saya kepada anda semua “Bilakah tarikh tersebut?”. Jawab kawan, jangan tak jawab (versi mencabar ni 🙂 ).
Sy mulakan tuisyen pada Ogos 2011.Mulai Disember 2011, saya sudah mula menjadi guru tuisyen sepenuh masa.Alhamdulillah,pada bulan March 2012,pendapatan bersih tuisyen saya sudah mencecah ke angka 4k dan teruks meningkat ke bulan yang seterusnya.Modal yang dibelanjakan untuk membuat kelas tuisyen terlalu murah iaitu sekitar RM100 sahaja.
Alhamdulillah…kebelakangan ini pelajaran semakin dilihat penting. Memang pelajaran itu amat penting. Saya lihat di kawasan saya sendiri ada 5 buah pusat tuisyen. Tadika pula ada 7. Percayalah, education industry ini akan semakin menyinar. Apatah lagi ketika ini persaingan untuk menempatkan diri di universiti semakin sengit…apa-apa pun, tahniah kepada MY kerana berani menyahut cabaran dan usaha murni yang dicurahkan kepada anak bangsa..
Sebagai satu tanggungjawab dan fardu kifayah bagi saya dan beberapa orang kenalan dalam memartabatkan industri tuisyen di Malaysia. Dan kami tak pernah serik untuk terus berkongsi dan berkongsi kepada rakyat Malaysia. Terima kasih kerana sudi untuk berkongsi pandangan di teratak buruk ini.
Saya memulakan tuisyen secara part time dahulu..alhamdulillah..ada permintaan..tapi biasalah susah sikit pada permulaan ini.
Saya yakin kalau ada rezeki mungkin 2,3 tahun lagi saya akan betul2 serius dalam tuisyen ini
Permintaan pasti ada, kerana tuisyen pada hari ini boleh dianggap sebagai keperluan. InsyaAllah saudara telah berjaya memulakannya dan saya percaya suatu masa nanti pasti akan berjaya.
salam..MY,saya kadang-kadang terfikir , bagaimana seseorang guru tuisyen mampu dapat pulangan yang begitu banyak?ramai sangatkah pelajarnya?tinggikah yuran yang dikenakan?
W’slm Cikgu Najwa. Tiada yang mustahil untuk dicapai.
Saya bagi satu contoh, berapakah bayaran yang wajar kita berikan kepada seorang cikgu yang mempunyai 10 tahun pengalaman mengajar? Jika rate semasa bayaran per jam adalah RM40, kepada cikgu yang berpengalaman tadi jika beliau meletakkan RM80 per jam dengan input yang sangat bagus dan memberikan hasil yang memberangsangkan, ada tak orang yang nak hire beliau? Jawapan saya, ADA.
Salam…bagaimana pula pendapat MY sendiri? berapakah pendapatan bg MY melalui kerja tuisyen yang MY rasa banyak sepanjang penglibatan?
W’slm. Saya kongsikan seorang protege saya iaitu Cikgu Saufi yang berjaya memperoleh 5-6k sebulan hanya dengan sumber ‘home tuition’. Dan kini beliau telah mempunyai 2 buah pusat tuisyen yang memberikan pulangan puluhan ribu setiap bulan.
salam..nak tanyala…banyak sgt ke dapat wet dengan buat tuisyen nie…kalo tak keberatan boleh kongsi berapa purata pendapatan sbulan yang leh dapa?
W’slm saudari Nalira. Saya suka dengan soalan ini dan sering orang tanya saya di emel, sms, telefon dan apabila bersemuka.
Bagi saya ‘banyak’ terlalu subjektif. Ada orang dapat income 5k telah dianggap banyak. Ada orang 10k baru lah banyak. Jika diberi peluang saudari dalam bidang ini, berapa yang saudari target untuk dapat? Saya boleh tunjukkan caranya, namun bukan disini (untuk tujuan kefahaman, kejelasan & praktikal).
Cuma jika saudari nak dapat income seperti jutawan RM1,000,000 mungkin bukan disini tempatnya. Tuisyen adalah salah satu cara untuk menjadi Jutawan, banyak lagi step yang perlu ditempuh. Melainkan kita mempunyai 20 pusat tuisyen yang setiap satunya earn 50k.
Terima kasih.
Saya juga dah buka pusat tuisyen…home tuisyen pun buat juga…dua-dua pun income…dua-dua pun best…masa=mendidik=wang=amal jariyah…
salam master yus…
saya kagum dengan master yus..sudah 9 tahun di dalam dunia tuisyen. mesti sudah bayak dugaan dan onak duri yang telah ditempuhi….
bila master yus hendak membuka empayer perniagaan pusat tuisyen pula? pengalaman dah ada, saya rasa tidak mustahil master akan berjaya….CEO pusat tuisyen…(hehehehe gurau aje boss)
from – Amzari
Terima kasih tuan Amzari singgah disini.
Saya ni low profile jer :-), memfokuskan niche Cikgu Tuisyen. CEO pusat tuisyen saya serahkan kepada CEO Rahsia Pusat Tuisyen sahaja la :-0.