Berapa lama impian akan menjadi kenyataan?

Share

Ekslusif tajuk pada hari ini. Saya ingin kaitkan dengan seorang bekas peserta SeminarTuisyen.Com yang telah berjaya menggapai impian beliau. Agak lama juga beliau menyepi, dan akhirnya beliau telah menghantar emel pada 9 Oktober 2009 kepada saya satu berita gembira. Apa berita gembira itu? Saya ‘paste’kan di blog ini untuk tatapan semua pembaca setia.

****************************************************************************

Assalamualaikum MY

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya dan dengan izinNya juga, saya berada pada kedudukan sekarang yang saya rasa sebelum ini hanyalah sebuah impian kosong semata-mata.Namun berkat kesungguhan dan usaha yang tidak pernah jemu untuk mendalami ilmu dalam bidang tuisyen ini melalui beberapa seminar yang dijalankan oleh MY serta sedikit penyelidikan yang saya jalankan serta ‘berguru’ dengan beberapa rakan yang telah bergiat dengan industri tuisyen ini, maka saya bertekad bahawa pada satu hari nanti saya mahu memilikki pusat tuisyen saya sendiri.

Alhamdullilah, pada 4hb Oktober 2009, termaktub satu peristiwa bersejarah dalam hidup saya yang  tidak akan saya lupa sehingga ke akhir hayat, dimana pusat tuisyen saya telah sudi dirasmikan oleh seorang ahli kenamaan bertaraf Menteri iaitu YB Dato Seri Mohamed Khaled B. Hj. Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang, Johor. Kalau diikutkan siapalah saya, hanya seorang insan kerdil yang tidak punya apa-apa keistimewaan tetapi takdir Tuhan mengatasi segala-galanya.

Sejarah juga tercipta dimana majlis perasmian tersebut berlangsung di sebuah surau sahaja iaitu Surau Taman Plentong Baru, Plentong, Johor. yang mugkin tidak pernah terlintas oleh semua orang bahawa majlis penting itu akan berlangsung di sebuah surau. Sekali lagi pengalaman berharga dalam hidup saya iaitu terdapat ramai para wartawan yang hadir dan buktinya liputan majlis tersebut telah terbit di dalam akhbar THE STAR dan UTUSAN MALAYSIA bertarikh 6hb Oktober 2009.

Satu lagi yang sangat menarik untuk saya kongsikan ialah saya kini mempunyai 30 orang pelajar anak angkat yang terpilih melalui Projek Anak Angkat Sekolah dimana Sek Keb Permas Jaya 1 telah dipilih sebagai perintis sekolah anak angkat yang pertama di Johor Bahru kepad Pusat Belajar Pintar . Jadi kepada rakan-rakan yang lain yang masih lagi tercari-cari lagi apakah peluang pendapatan yang boleh diceburi atau masih lagi kurang berkeyakinan bahawa bidang tuisyen boleh mendatangkan pendapatan lumayan, marilah berkongsi kejayaan saya bersama. Saya sedia membantu dan memberikan pandangan serta pengalaman yang sangat berharga ini dengan anda. Saya akan tunjukkan bagaimana tanpa modal kewangan ynag tinggi ,anda boleh membuka pusat tuisyen anda sendiri.Jumpa lagi di puncak kejayaan.

Rosli Sariman 019-7429045

DEMI KEJAYAAAN ANAK-ANAK ANDA,NAK LULUS PERIKSA,RAHSIA ANAK CEMERLANG

KLIK SINI: www.ilmu3p.com/?id=roslisariman

*****************************************************************************
Sesiapa sahaja layak untuk menjadikan impian itu satu kenyataan. Mungkin esok, lusa, bulan dan tahun hadapan. Nak lagi best, tetapkan impian tersebut. Apa yang kita hajati, dan bila tarikh yang tepat untuk kita milikinya. Saya ada menulis tentang topik ini. Jika anda terlepas membacanya boleh baca disini: http://masteryus.com/motivasi/teknik-berdoa-dan-salam-eidulfitri-maaf-zahir-dan-batin/
Saya sangat suka berkongsi pengalaman dan cerita terutamanya orang-orang yang telah maju lebih setapak. Dengan kisah-kisah ini adalah satu sumber ‘charge’ untuk diri saya. Juga mesti akan timbul istilah ‘jeles’ dari sudut positif yang akan menjadikan ‘booster’ diri kita akan bergerak dengan lebih bagus.
Dengan sebab ini, jika kita lihat di dunia perspektif luar ada manusia yang boleh berjaya dalam masa yang cukup singkat. Ada juga yang mengambil masa yang agak lama. Persoalan disini, yang menentukan sama ada cepat atau lambat adalah diri kita sendiri. Senaraikan semua impian anda, dan pilih satu persatu untuk dilaksanakan. Jadi tentukan, berapa lama anda hendak jadikan impian itu satu kenyataan?
JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment