Salam ukhwah kepada pemerhati dan pembaca sekalian.
Maafkan saya yang agak lama membiarkan blog ini tanpa khabar berita. Sebenarnya sebulan dua ini, saya sibuk menguruskan rumah baru kami. Pasang itulah, ‘renovate’ inilah. Dengan kelas dan seminar lagi, jadi agak terabai hartanah yang satu ini.
Namun apa-apa pun saya tak akan biarkan ianya berhabuk dan tak diupdate. Saya tak nak lalang tumbuh dengan sewenang-wenangnya. Kepada kaki bola, jangan sampai demam layan bola ya. Berpada-padalah, melainkan negara Malaysia layak ke Piala Dunia FIFA 2010 tersebut.
Saya nak sampaikan kepada pembaca dan peminat industri tuisyen di Malaysia, bahawa saya akan anjurkan satu bengkel bagi memulakan bisnes pusat tuisyen. Modul yang bakal dikongsikan adalah;
Modul 1 : ‘Mind Setting’, kenapa kita perlu menjadi Usahawan yang Terbilang.
Modul 2 : Perancangan modal, keperluan penting & persediaan fizikal yang bakal dilaksanakan sebelum berbisnes.
Modul 3 : Pencarian lokasi, pemilihan bangunan, peralatan penting dan strategi bisnes.
Modul 4 : Cara pendaftaran & penubuhan syarikat, mendapatkan lesen pusat tuisyen.
Modul 5 : Pengurusan kewangan & perniagaan.
Modul 6 : Mensistemkan bisnes, mengurus model bisnes & merencanakan protokol.
Modul 7 : Penjadualan pelajar, cikgu-cikgu & pengurusan pelanggan.
Modul 8 : Teknik efektif Kuasa Iklan, Promosi & Pemasaran SMART.
Modul 9 : Strategi ‘networking’, teknik ‘JV (join venture)’ & ‘win-win situation’.
Modul 10 : Petua menjadi Usahawan Tuisyen yang Gemilang.
Untuk maklumat lanjut berkenaan tarikh, masa dan tempat, boleh terus ke www.GuruTuisyen.com. Harga yuran yang tertera adalah sebagai pengenalan.
Kepada anda diluar sana yang bercita-cita dan berniat untuk memulakan langkah pertama sebagai seorang Usahawan Tuisyen, bengkel ini memang diwujudkan untuk anda. Bagi yang sekadar ingin tahu dan belajar ianya juga sesuai untuk anda. Saya nak tekankan, ianya kepada yang benar-benar serius dan bakal memberikan komitmen untuk menjadi Usahawan Tuisyen sahaja ya!
Semoga ianya bakal memberi manfaat dan pendedahan kepada anda yang telah memasang niat yang agak lama untuk bergelar Pengusaha Pusat Tuisyen. Tiada lagi diluar sana bengkel seperti ini. Inilah yang pertama dan insyaAllah akan dikembangkan dan diperluaskan seperti apa yang telah berlaku pada SeminarTuisyen.com
InsyaAllah pada bengkel yang julung kali diadakan ini, saya bakal memberikan beberapa kejutan kepada peserta. Pastinya saya akan menitik beratkan komitmen dan kualiti apa yang bakal peserta terima selepas bengkel sehari tersebut. Ianya bukan sekadar berhenti setakat bengkel tersebut sahaja, saya akan cuba pastikan apa yang mereka inginkan akan menjadi kenyataan.
Salam Usahawan Tuisyen kepada semua!
Penulis;
MasterYus.com
Assalamualaikum.. Saya nak tanya. Masih ada Lagi ke seminar tuisyen Ni?
assalamualaikum, sy berminat mengusahakan kelas tuesyen secara besar-besaran. Sekarang ni tgh berjinak2 dalam membuat home tuesyen. ada cabaran pada awalnya tetapi sy tidak akan mengaku kalah dengan mudah. don;t ever give up.Bagi saya buku usahawan tuesyen ni mcm best. sy tahu pasal buku usahawan ni pon lepas baca buku rahsia graduan berjaya.
kpd peserta seminartuisyen @ yg berminat menjadi cikgu tuisyen boleh la jengok2 ke http://www.KelasTuisyen.com 🙂
Cikgu Am adalah cikgu tuisyen sepenuh masa. Boleh gunakan khidmat website yang telah beliau nyatakan diatas. Beliau banyak aplikasikan apa yang telah saya kongsikan dalam seminar.
Satu peluang bisnes yang boleh diceburi. Usahawan yang berjaya pasti bijak mengambil peluang melalui bengkel/seminar seperti ini.
Salam Bisnes =)
Terima kasih saudara Oh! Duit sudi singgah ke teratak buruk ini.
Oh singgahla lagi ya!
Oh Selamat maju jaya!
🙂
Pelik sungguh bunyi perbualan dgn nick name “Oh! Duit” itu…ha ha ha…
Papepun, salam perkenalan…
Salam Master Yus dah lama dok tunggu bengkel ini dari Master Yus. Bila nak buat dan di mana? Saya pengusaha tuisyen yang masih muda dan baru sahaja bertapak dengan ambilan pelajar sekolah rendah. Saya ingin mengembangkan kepada sekolah menengah dan menambah cawangan.
W’slm Cikgu Syah. Terima kasih lawatan kesini.
Tahniah, muda-muda dah bergelar pengusaha pusat tuisyen. Semoga terus sukses dengan apa yang sedang diusahakan.
Bengkel bakal berlangsung pada 11 Julai 2010 di tempat saya iaitu IQ Bistari Learning Centre, Bandar Tasik Selatan Cheras. Maklumat lanjut dan map ada saya nyatakan di web http://GuruTuisyen.com
Selamat maju jaya!
Salam Master Yus.. mmg menarik.. agak2 bila nak mula.. kalau letak tarikh awal2 senang nak fit dalam jadual sy ni
W’slm Cikgu Lina. Bengkel Usahawan Tuisyen bakal bermula pada Ahad, 11 Julai 2010. Ianya telah saya lampirkan maklumat lengkap di http://GuruTuisyen.com
Terima kasih dengan minat cikgu.
Wah, satu perkongsian yang menarik daripada Master Yus. Insyaallah saya juga akan datang ke bengkel ini. Nak juga korek ilmu dengan otai-otai tuisyen yang berpengalaman seperti Master Yus dan Cikgu Hazar ni. Jadi cikgu tuisyen pun sukses, buka pusat tuisyen pun cemerlang. Selepas membaca artikel ini, tak sabar rasanya nak tahu apakah kejutan yang Master Yus akan berikan pada bengkel itu kelak. Ooowh..:-)
p/s: sebenarnya saya juga mempunyai impian untuk memiliki pusat tuisyen ini pada masa akan datang. Mungkinkah akan ada satu lagi rekod daripada seorang mahasiswa IPTA yang berjaya memiliki pusat tuisyen pada usia yang tersangat muda? Kita nantikan kerana ianya bukan mustahil:-)
Sekian,
Peminat Industri Tuisyen:
Cikgu Bashier
0135902236
Saya akan jemput beberapa orang pengusaha pusat tuisyen yang lahir daripada SeminarTuisyen.com untuk berkongsi pengalaman mereka.
Kejutan yang tak boleh diberitahu disini. Pastinya bukan sekadar gempak, tetapi akan berlaku pada 11 Julai 2010 nanti.
Sesiapa sahaja layak untuk bergelar Usahawan Tuisyen. Buat masa ini, Cikgu Saufi protege berjaya SeminarTuisyen.com yang masih bergelar mahasiswa UM telah memiliki 3 buah pusat tuisyen. Siapakah yang seterusnya?
Disebabkan itu, Cikgu Saufi dengan mudah memiliki sebuah Toyota Harrier pada usia yang tersangat muda…SSM tak tanya anda sudah graduate ke belum…pihak MARA tak tanya anda masih belajar ke tidak…banyak rahsia yang akan dibongkarkan pada bengkel ini kelak…
Wow!!! Satu bengkel yang ditunggu-tunggu sekian lama… Dengan harga sekarang memang sangat-sangatlah berbaloi-baloi…Sebelum harga ini naik untuk next bengkel, baik daftar segera…Kita tak akan rugi apa-apapun…malah untung lagi ada…Jom daftar ramai-ramai…
Pertama kali http://SeminarTuisyen.com dijalankan pada tahun 2007 dulu, saya letak harga RM5 sahaja untuk seorang. Ramai protege yang telah berjaya.
Hari ini, bukan nilai yuran sebagai ukuran, tetapi kualiti selepas seminar amat saya titik beratkan. Saya berani pulangkan semula wang peserta jika tiada sebarang manfaat diperoleh selepas hadiri seminar. Saya cakap dan saya akan jayakannya.
Zaman saya RM10 seminar pada January 2007…berbaloi2…terima kasih MY…
Pada masa itu tak sampai 10 orang yang hadir, jika tak silap saya. Dah lama juga kita berkawan ya Cikgu Hazar. Untung dapat kenal dengan protege-protege, tambah koleksi kawan 🙂
Alhamdulillah, hampir 4 tahun mengenali dan bersahabat dengan MY memang berbaloi2…Best bersahabat dengan insan yang mempunyai idea, visi dan misi yang tak pernah putus-putus, bak kata mt salleh ‘unstoppable’…jadi kita pun terpalit, tak banyak sikit ciri-ciri itu…
Alhamdulillah dengan perkenalan dan persahabatan ini, banyak yang telah berubah…banyak yang dulunya saya takde dan hanya angan-angan, sekarang dah ada dan menjadi kenyataan…
Think Unstoppable and do Action Unstoppable…InsyaALLAH…
Saya juga beruntung dapat mengenali Cikgu Hazar yang mempunyai semangat yang kental dan tidak mudah putus asa dalam mengendalikan perjalanan hidup. Daripada bujang telah menjadi bapa, daripada cikgu tuisyen telah menjadi pengusaha, namun bila lagi daripada dalam kandang hendak terbang bebas?
Selagi terdaya dan mampu, saya akan sentiasa membantu. Tiada niat yang terselindung kerana dengan perkenalan yang telah tuhan anugerahkan, saya percaya rezki lebih melimpah ruah. Setiap kenalan yang datang kepada saya adalah rahmat dan pintu rezki yang terbuka luas. Saya cukup percaya dengannya.
Teruskan semangat dan usaha yang kreatif. Selamat maju jaya!
InsyaALLAH…akan terbang bebas jua satu hari nanti…(simboliknya ayat nih)
Saya rasa dah pernah dengar ayat seperti ini sejak 2008 lagi 🙂