Batch Pertama SeminarTuisyen.com edisi santai dan eksklusif.

Share

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Semalam Sabtu 24 Januari 2015 adalah revolusi baru dalam takwim SeminarTuisyen dot com.

Hampir 5 jam setengah sesi SeminarTuisyen.com edisi santai dan eksklusif berlangsung.

Ada 3 orang yang hadir dari Penang, 2 orang dari KL/Selangor dan 2 orang yang terbang dari Sabah. Ada 2 orang yang tak dapat hadir.

Dah lama juga rasanya saya dah tak sembang tentang tuisyen. Namun semalam segalanya telah terbongkar bagaimana saya boleh hidup hanya sebagai seorang cikgu tuisyen sejak beberapa tahun yang lalu.

Sesi santai ni tiada modul khas namun saya terus bagi ‘Rahsia Ampuh’ yang perlu ada jika anda mahu terlibat secara langsung dalam industri tuisyen.

Bertubi-tubi soalan yang mereka ajukan. Saya seronok bila banyak soalan yang datang.

Apa yang lebih penting, saya bagi BONUS EKSKLUSIF untuk mereka bawa balik. Dan ianya terpulang kepada mereka sama ada mereka mahu bertindak atau sebaliknya.

Selagi ada baki kudrat yang sedikit ini selagi itu saya tak akan berhenti memberitahu rakyat Malaysia bahawa tuisyen memang boleh menjadi kerjaya yang sangat bagus.

Selamat maju jaya!

– Master Yus –
www.MasterYus.com

Share

Related Posts

About The Author

One Response

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.