Bank Negara Malaysia siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd

Share

Jika anda pernah dengar tentang Ceramic Club di awal 2009 memang gempak, banyak betul promosi dahsyat yang mereka lakukan. Sampai keluar di Metro satu muka besar untuk memberitahu perniagaan yang telah mereka kecapi dengan jayanya. Namun saya sudah jangka lebih awal akan berlaku perkara seperti tajuk post diatas. Anda boleh layan disini:

Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk memperoleh, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Serbuan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya telah dibuat di premis syarikat di Kuala Lumpur berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon, atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen atau diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang Bank Negara Malaysia ( www.bnm.gov.my ).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat perhubungan berikut:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel: 1 -300-88-5465
Faks: 03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Blok D, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato’ Onn,
50480, Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)

Bank Negara Malaysia

23 Julai 2009

**********************************************

Jika anda/keluarga/rakan-rakan mungkin telah/akan menyertai program ini, maka jawapan dah ada didepan mata. Jadi berhati-hatilah untuk memilih jalan untuk mendapat wang dengan cepat. Memang banyak jalan, tetapi jalan yang benar itulah pilihan yang utama bukannya jalan yang cepat.

Nak cepat dapat duit? Meh lakukan tuisyen! Hujung bulan terus dapat pulangan yang berbaloi.

Siapa yang pernah kena tipu, terkena dengan program merepek bolehla kongsikan disini sebagai pengajaran kepada orang lain.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment