Bagaimana Nak Mulakan Tuisyen-Bahagian 1

Share

Saya sering diajukan soalan menerusi emel “Bagaimana saya hendak mulakan tuisyen? Saya langsung tiada pengalaman mengajar. Saya dah tinggalkan dunia belajar ni hampir 10 tahun yang lalu. Saya dah tak ingat dan perlu tengok semula buku-buku lama jika nak start tuisyen.”

Wahai kawan-kawan ku yang budiman. Segala perkara yang baru memang sukar dan payah untuk kita mulakan. Lebih-lebih lagi yang langsung tiada pengalaman. Ya, saya memang dan perlu akui hal ini.

Jika anda seorang bujang, tentu rasa kekok dan janggal di hari pertama bergelar suami/isteri. Lebih-lebih lagi di malam pertama 🙂

Jika anda seorang lepasan SPM tentu rasa berdebar menjejakkan kaki kali pertama di Universiti berinteraksi dengan senior.

Dan jika anda pertama kali bertugas di tempat baru pasti anda akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, kenalan baru dan kerja baru anda.

Saya juga tak nafikan jika anda pertama kali untuk memulakan tuisyen, pastinya akan berlaku konflik dalam diri anda untuk menghadirkan nilai konfiden dengan kerjaya baru ini. “Apa langkah pertama aku perlu lakukan?” ” Ada ke market tuisyen?” ” Argghh aku buntu tak tahu nak mula dari mana”.

Jawapannya saya kongsikan disini:

  1. Pilih Subjek yang boleh anda ajar. Contohnya masa waktu sekolah dulu anda meminati subjek Sejarah (kerana guru yang mengajar anda adalah antara wanita yang paling cantik di sekolah anda :-)) dan anda selalu score dalam subjek tersebut. Maka pilihlah subjek tersebut untuk anda kongsikan ilmu Sejarah kepada bakal pelajar anda.
  2. Lakukan persediaan pengajaran. Anda perlu tahu dan jelas topik apa yang anda nak ajarkan untuk kelas tuisyen yang pertama. Langkah terbaik, dapatkan sumber rujukan seperti buku rujukan, buku latihan, buku teks dan contoh nota ringkas yang memahamkan anda untuk peringkat asas.
  3. Sediakan material pengajaran seperti alat tulis, buku catatan & latihan, dan lain-lain. Jangan abai aspek ini kerana anda mungkin menghadapi masalah jika tidak menitik beratkan hal ini.
  4. Jika perlu, buat sedikit ‘Mock Trial’ dengan cuba mengajar anak, adik, kawan anda terlebih dahulu. Dan jika perlu juga, cuba ajar anak patung anda dan pastikan anda jelas dengan apa yang bakal anda ajarkan kepada bakal anak murid baru anda.
  5. Pastikan anda betul-betul konfiden untuk mengajar. Di sini aspek minat mengajar adalah menjadi keutamaan. Jika anda tak minat, maka anda pasti tersedak di pertengahan jalan dan seterusnya tersungkur di tepi jalan.
  6. Jika dah hadir minat dan konfiden, maka mula perkenalkan diri anda sebagai Cikgu Tuisyen. Saya tak pernah lagi terjumpa dengan Cikgu Tuisyen yang malu untuk mempromosikan diri. Gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri anda. Saya percaya Tuhan Maha Adil untuk memberikan setiap insan di muka bumi ini mempunyai bakat, kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Jadi gunakan dengan sekreatif dan sebaiknya.
  7. Lakukan promosi/marketing dengan cara yang Smart & Berkesan. Jangan terlampau excited tanpa mengira budget kos yang akan anda keluarkan. Dalam setiap method marketing yang anda lakukan, buat sedikit ‘post mortem’ kaedah mana yang amat produktif dan memberikan impak yang maksima.
  8. Selepas promosi, biasanya ‘Offer Job Tuition‘ mula menghampiri dan mencari anda. Jangan sia-siakan setiap Offer tersebut. Terima dan cuba dahulu offer yang diberikan. Offer/tawaran tak semestinya akan datang selalu.
  9. Buat temujanji dengan Offer yang telah anda terima. Pastikan temujanji menjadi kunci pengasih anda untuk dapat job tersebut.
  10. Mulakan tuisyen dengan lafaz Syukur. Anda telah menapak di dunia yang nyata dan telah sampai ke destinasi yang dituju. Teruskan…teruskan… dan anda akan diberikan pulangan yang pastinya berbaloi pada bulan yang berikutnya.

Oh kawan, alangkah gembiranya hati ini jika anda lakukan 10 step azimat ini dahulu. Seterusnya saya akan sambung di post yang akan datang. Bak kata pepatah, langkah tangga pertama dahulu baru langkah tangga yang berikutnya. Saya akan cuba memberikan panduan berguna kepada anda. Maka wahai sekalian anak muridku, lakukan dahulu apa yang cikgu ajarkan ini 🙂

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

17 Comments

Add Comment