Antara masalah paling serius ketika saya mengajar tuisyen adalah pelajar malas, tak fokus, penat, banyak kerja sekolah, kena paksa tuisyen, leka main game, degil dan mengantuk. Sebenarnya banyak lagi, tetapi ini adalah yang major selalu berlaku dalam kelas saya.
Apa yang saya praktikkan sehingga hari ini adalah, saya akan interview dulu ibu bapa pelajar tersebut semasa kelas yang pertama. Daripada sesi interview ini, saya dapat gambaran siapa pelajar yang bakal saya berhadapan nanti. (sambil mak pak dia interview saya, anak mereka pun saya kena tahu juga).
Dan semasa sesi kelas pertama, saya akan cuba cungkil masalah besar dalam diri pelajar saya tu. Biasanya dalam kelas pertama belum keluar lagi aksi-aksi/perangai sebenar mereka. Tetapi daripada sinilah juga saya akan ‘highlight’ siapa yang sedang berhadapan dengan mereka (saya lah tu). Banyak cara untuk kita lakukannya. Salah satu cara saya adalah melalui cerita dan pengalaman.
Tujuan saya lakukan seperti ini adalah untuk kenalpasti minat dan keinginan mereka. Daripada sini, saya dan pelajar akan saling memahami antara satu sama lain. Saya nak dia tahu dengan jelas tujuan dan objektif saya datang ke rumah mereka. Saya nak mereka sedar kenapa mak ayah mereka panggil saya datang mengajar di rumah.
Kaedah mujarab yang saya akan gunakan dalam kelas saya sekiranya pelajar malas adalah saya akan buka topik yang mereka sangat suka. Jika kita tahu mereka suka main game, saya akan layan cerita game yang terbaru (walaupun saya anti game). Jika saya dah tahu yang mereka minat gila dengan internet, maka saya akan tanya mereka tentangnya. Bila kita tanya benda yang mereka minat, mereka akan jawab dengan sungguh excited. Bila dah excited, haaaa..kaitkanlah dengan pelajaran yang kita nak ajar kepada mereka. Gunakan contoh-contoh perkara yang mereka minat tadi.
Contohnya, katalah anda sedang mengajar Sains bab haiwan peliharaan. Jika pelajar kita sangat fanatik tahap cipan dengan Christiano Ronaldo, maka kita boleh terangkan bahawa selain hobi Ronaldo bermain bola sepak, dia juga suka membela haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, ikan lumba-lumba dan lain-lain. Bila kita sering sebut nama Ronaldo, maka pelajar kita akan rasa seronok idola mereka asyik disebut-sebut.
Jika kita mengajar Bahasa Melayu, boleh juga minta pelajar kita membuat karangan yang bertajuk ‘Kaki Ronaldo yang berharga 30 Juta‘.
Ini adalah tips saya yang paling ampuh untuk menundukkan pelajar-pelajar saya. Mereka akan cair bila saya sentuh hal-hal yang mereka sangat minat. Jadi amat penting untuk kita tahu minat dan kecenderungan pelajar kita ke arah mana. Daripada psikologi yang saya gunakan ini, sampai ke hari ini pelajar saya akan terus mencari saya untuk mengajar mereka. Ini kerana mereka berasa seronok belajar. Maka tiada lagi istilah malas dan tak boleh nak fokus ketika belajar.
Mungkin anda juga ada tips mengajar yang boleh dikongsikan bersama? Berikan dan kongsikan pengalaman anda dibawah ini sebagai sumber rujukan kepada pembaca blog ini. Kan senang nak dapat pahala :-)…
I have noticed you don’t monetize masteryus.com, don’t
waste your traffic, you can earn extra cash every month with new monetization method.
This is the best adsense alternative for any type of website (they approve all sites), for more info simply search in gooogle: murgrabia’s tools
Anak saya baru darjah 1.dia pelajar tadika 3 tahun tapi tak tahu tulis nama dia.selepas masuk darjah 1 baru dia blh tulis nama sendiri yg tu pun kami parents pukul dia sampai dapat tulis.tapi saya x suka pukul dia.kalau ckp baik-baik pun dia x nak dengar .apa yang dia pelajar dia tidak tahu ertinya.bila saya Tanya dia apa maksud [saya] dia tak tahu nak jawap…saya tidak tahu macam mana nak didik lagi.lagi pun saya kerja.saya sedih bila dapat comment dari sekolah dia …dia tak pandai dan degil…
Saya seorang guru peribadi yg dtg mengajar di rumah boss syarikat. Bkn setakat mengajar, tp sy juga seolah2 pengasuh kpd anaknya. Sy cuba buat yg terbaik. Masalah sy ialah:
1- Nenek kpd murid sy itu selalu masuk campur dan susah ditegur.
2- Boss sy terlalu memaksa dan suka push anaknya
3- Murid saya selalu stress dgn cara keluarganya sehinggakan ada masanya dia sangat degil dan tidak fokus langsung.
4- Murid saya bukanlah murid yg dikategorikan bijak, dia hanya sederhana tetapi keluarganya sgt menaruh harapan dan kiranya keputusannya ujian kurang baik, mereka akan mengnanggap saya yg tidak pandai menangani.
5- Sy stress dgn keadaan ini. Amat sukar utk berbincang dgn keluarga itu.
Bagaimana utk sy bertahan? Apakah yg harus sy buat krn saya sayangkan murid sy dan sy mahu dia terus maju.
salam saya nk minta pendapat. sebagai guru bgaimana dia nak menangani masalah yg datangnya daripada pelajar yg cemerlang dalam pelajarannya.contoh masalah mcm malas nak datang kelas, x buat kerja yang diberi, x nak participate apa2 aktiviti kat sekolah. macam seolah-olah dia x minat nak datang ke sekolah.
tq.
thanx for the tips :)..
masalah saya sama seperti mazlian mahadan tu..
saya mengajar tusyen.. anak org berada jugak la..
tapi mcm x improve je :(…. sbb budak tu x buat revision.. dia boy.. nak spm taun ni.. sy je yg lebih semangat.. mcm mana…:(
Hai, bagaimana jika hendak mengumpan sekumpulan pelajar yg malas dalam sebuah kelas? Jika set induksi yg digunakan terlalu panjang masanya (bercerita tentang hobi dan minat) , silibus pasti tak sempat utk dihabiskan.. thankss..
anak saya lelaki,tahun ni akan menduduki exam PMR.walaupun dah ambil home tuition.markah2 masih terlalu lemah.buntu kepala saya memikirkannya.apa solusi yg patut saya ambil?tq.
Terima kasih sudi singgah ke blog ini. Bagi pendapat saya, cuba semak semula sebab markah anak puan masih ditakuk lama. Banyak faktor yang boleh diambil kira. Pertama, adakah cikgu tuisyen tersebut benar-benar mempunyai pengalaman dan teknik yang betul dalam pengajaran. Kedua, adakah anak puan mengalami masalah lain seperti mudah lupa atau hilang fokus ketika belajar. Ketiga, pengaruh kawan anak kita. Sama ada kawan-kawan dia jenis yang suka belajar atau sebaliknya. Keempat, guru di sekolah sama ada memberikan fokus pengajaran atau sebaliknya. Dan terakhir adalah daripada ibu bapa sendiri, sama ada kita mendoakan dan memberi semangat untuk anak kita terus belajar dan fokus dalam pembelajaran.
Daripada masalah tersebut, maka mungkin kita akan dapat solusinya. Selamat maju jaya buat puan dan anak puan!
sungguh menarik…!kalau saya nak mintak pandangan bagaimana kalau nak menarik minat dalam mengajar ugama? sdngkn pljr ni tak mahu bljr ugama…dia sudah malas katanya….bagaimana kita nak kaitkan minat atau hobinya dengan ugama dan juga memberikan motivasi kepada pljr tersebut ?terima kasih….
Kita tak mampu untuk mengubah pelajar secara mendadak. Gunakan pendekatan anai-anai. Pelajar sangat sensitif bila dipaksa.
Maka pendekatan umpan hobi dan minat mereka dahulu. Daripada situ pilih masa yang sesuai untuk alih minat mereka kepada bidang baru iaitu pelajaran agama.
Perlu lihat juga ibu bapa mereka. Kerana perkaitan mereka sangat rapat. Strategi terancang amat penting dalam situasi seperti ini. InsyaAllah sepanjang pengalaman saya, pasti ada perubahan sedikit demi sedikit.
Memang ada pelajar malas dan kena paksa belajar. bagi mengatasinya memang kena tahu cara. Saya selau dapat student yang macam ini, tapi selepas itu, minat dia orang datang la.
Menarik2…. memang cikgu yang mantop… Nanti aku nak minta pendapat sket, ada sorang member aku ni dia nak menceburkan diri dalam bidang tuisyen ni, harap bro lerh bagi tunjuk ajar serba sedikit kat kawan aku tu erk…
Bisa aja pak, ambo pun banyak nak ngaji dgn hang. Nanti bule la open table minum2 kay!