Apa itu Program Pay Per Lead (PPL)?

Share

Master Yus update blog lagi? Ya, kadang-kadang bila idea hendak menulis yang datang mencurah-curah, saya tak dapat untuk membendungnya. Lantas disinilah tempatnya untuk saya mencurahkan idea tersebut.

Hari ini saya bermurah hati untuk berkongsi tentang Program Pay Per Lead (PPL). Translate bahasa jawanya, dibayar setiap lead. Mungkin antara anda yang sudah mengetahuinya. Namun ada juga yang masih kabur tentang program ini. Ok anda sudah bersedia hendak tahu apa sebenarnya yang dikatakan Program Pay Per Lead? Sila duduk betul-betul ya!

Kadang-kadang anda ada menerima emel yang memberikan info sesuatu Percuma untuk anda download. Ada tak? Ada juga saya menerima emel berkenaan soalan ini. Jadi saya telah menjawabnya bagi pihak yang bertanya.

Program ini PERCUMA. Saya ulang, PERCUMA. Ini bermakna anda daftar secara PERCUMA tanpa perlu membayar apa-apa kepada pihak penganjur program. Biasanya penganjur program akan menyediakan satu laman web khas untuk program ini. Dan mereka akan memberikan sample/laporan/ebook/blue print PERCUMA untuk di download. Tujuan utama program ini adalah untuk mengumpul list name/emel subscriber kepada sesuatu laman web tersebut. Selepas anda memasukkan nama dan emel dalam kotak/box yang disediakan, anda akan menerima satu emel pengesahan. Dan anda perlu sahkan emel yang telah anda masukkan dalam laman web tadi. Ini amat penting kerana pihak penganjur tidak inginkan emel yang di SPAM (salah mengikut undang-undang siber).

Selepas pengesahan emel dilakukan, maka anda akan menerima satu link untuk didownload bahan (sample/laporan/ebook/blue print) PERCUMA tadi. Selesai sahaja anda download, kawan anda yang rekomen laman web tadi akan dibayar mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Hai kawan, bagaimana setakat ini anda semakin faham dengan penerangan saya? Atau anda semakin blur? Jangan risau, saya akan sertakan contohnya nanti semata-mata untuk memahamkan anak murid saya yang seorang ini 🙂

  1. Pertamanya, mesti Ada laman web, biasanya pihak penganjur yang akan sediakannya. Dan ada benda/ilmu Percuma yang hendak diberikan oleh mereka.
  2. Selepas baca kandungan laman web tersebut, anda boleh masukkan nama dan emel dalam ruangan yang disediakan. Selepas klik, satu pengesahan akan dihantar ke emel anda. Selepas klik pengesahan tersebut, anda akan diberikan link untuk mendownload produk Percuma tersebut.
  3. Selepas anda habis download, kawan anda/sesiapa yang menghantar link laman web tadi akan menerima bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
  4. Anda juga boleh mendaftarkan diri untuk menyertai Program Pay Per Lead tersebut selepas anda download Produk Percuma tadi. Tapi ingat ya kawan, bacalah dahulu kandungan yang telah anda download tadi. Barang yang Percuma jangan diingat tidak berkualiti. Terkadang ianya lebih bermanfaat daripada yang disangka.
  5. Selepas anda mendaftar secara percuma, anda juga boleh memberitahu kepada kawan-kawan yang lain sama ada melalui mailing list yang telah anda kumpul, di blog, di mana-mana web yang dirasakan sesuai la. Yang penting ‘Jangan SPAM’ ya!

Apa dan siapa yang mendapat manfaat daripada program ini? Tiga pihak yang akan mendapat manfaat daripadanya. Pertama anda (dapat barang/ilmu Percuma), kedua kawan anda (dapat bayaran hasil dia mempromosikan laman web tersebut) dan ketiga pihak penganjur (dapat senarai mailing list yang berminat dengan barang/produk/ilmu tersebut).

Jadi tak rugi sebenarnya untuk kita terlibat dalam program ini. Dah la percuma, banyak pula manfaat yang kita bakal peroleh.

Apa bezanya pula dengan Program Affiliate?

Ok, PPL ini kebiasaanya ada masa dan syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Sila baca betul-betul syarat mereka. Dan kebiasaanya PPL ini jumlah bayarannya dalam lingkungan 5sen hingga RM2 setiap download. Dan selepas masa atau target tertentu, maka program ini akan ditutup.

Master Yus, apa dan bagaimana pula Program Affiliate berlangsung? Oh kawanku, tentang Program Affiliate saya akan terangkannya di post yang akan datang ya!

Disini saya sertakan contoh Program Pay Per Lead yang masih lagi berlangsung. Anda boleh klik di banner yang saya telah sediakan. Manfaatkannya dengan sebaik mungkin ya, kerana saya juga telah mendapat manfaat daripadanya. Banyak benda yang saya telah belajar. Dan saya sekali-kali tidak akan menyarankan produk yang tidak bagus kepada anda, wahai kawanku 🙂

  1. http://www.minisiteforwp.com/index.php?ref=my Template yang boleh digunakan untuk membangunkan Web Mini aka Minisite. Tak perlu tahu banyak coding HTML seperti kita nak gunakan Frontpage/Publisher. WordPress adalah alternatif yang sebaiknya dari segi SEO (Search Engine Optimization).
  2. http://www.ceo-cyber.com/asasinternet/index.php?ref=free Perkara asas yang perlu anda ada untuk membuat duit melalui internet. Penganjur program ini adalah kawan sekolah lama saya, dan beliau merupakan Usahawan Internet Sepenuh Masa dan banyak kejayaan yang telah beliau capai dalam bidang Perniagaan Internet. Jadi jangan lepaskan ilmu yang bakal beliau sampaikan.
  3. http://www.tipsihat.com/index.php?ref=my Laporan padat tentang Wabak Influenza A H1N1. Wajib dibaca kerana penularan wabak yang tidak mengenal siapa mangsanya, amat berbahaya. Jadi, ambil langkah sekarang!
  4. http://www.speedadsense.com/index.php?ref=my Ini pun satu ilmu yang penting. Team Speed Adsense yang memang tak asing lagi dinegara kita. Mereka sangat pakar dan berpengalaman luas dalam bidang ini. Ilmu yang dikongsikan amat praktikal untuk menjana duit dengan Google Adsense.
  5. Semoga dengan info yang tak seberapa ini akan membuka minda anda dan jelas dengan apa yang hendak saya kongsikan. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment