Apa itu program Affiliate dan kenapa anda perlu sertainya?

Share

Kenapa Anda Perlukan Program Affiliate oleh Zamri Nanyan

Mempromosikan produk affiliate merupakan satu cara termudah untuk menjana pendapatan pertama anda di internet. Ini kerana anda tidak perlu mencipta produk anda sendiri dan kebanyakan program affiliate sudahpun menyediakan bahan promosi yang anda boleh guna terus. Ini semestinya menjadikan hidap anda mudah.

Sekiranya anda ingin mencipta produk untuk dijual, mungkin anda boleh lakukannya apabila anda sudah mempunyai sedikit pengalaman di dalam pemasaran affiliate.

Kenapa?

Kerana sekiranya anda mempunyai produk sendiri, anda juga perlu mempunyai kemahiran mempromosikan produk. Sekiranya anda gagal mempromosikan produk anda, tak kiralah sehebat mana pun produk anda, anda mungkin akan gagal menjana sebarang pendapatan atau jualan.

Itulah sebabnya saya katakan bahawa bermula dengan mempromosikan produk orang lain dan mendapat komisyen jualan daripada produk tersebut adalah salah satu cara terbaik untuk mendapat wang pertama anda di internet. Selepas anda menjadi affiliate, terpulang kepada anda untuk mencipta produk anda sendiri kerana pada masa ini, anda sudahpun tahu bagaimana untuk mempromosikan produk anda (berdasarkan pengalaman anda mempromosikan produk orang lain).

Jadi, sekiranya anda ingin menimba pengalaman menjadi affiliate, anda perlu serba sedikit tahu jenis-jenis program affiliate yang terdapat di internet. Ini penting kerana anda mungkin perlukan strategi yang berbeza sekiranya anda mempromosikan produk affiliate yang lain jenisnya.

Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis program affiliate.

1. Pay-Per-Sale (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead (Dibayar berdasarkan jumlah pelawat ke laman web)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik ke laman web yang diiklankan di laman web anda)

Selepas anda kenali jenis program yang anda ingin sertai, barulah anda mula menyusun strategi untuk mempromosikan produk affiliate tersebut.

Sebagai contoh, anda perlukan laman web untuk mempromosikan program pay-per-click tetapi untuk program pay-per-sale, adalah lebih efektif untuk anda menggunakan pemasaran email untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan adalah seorang usahawan internet sepenuh masa yang dihormati. Beliau juga pakar dalam mempromosikan produk affiliate tempatan dan luar negara. Program “Pakar Affiliate” beliau merupakan perkongsian ilmu pemasaran berdasarkan pengalaman beliau dan jutawan internet Malaysia, Patric Chan. Dapatkan “Pakar Affiliate” di http://www.pakaraffiliate.com sekarang untuk mencungkil ilmu pemasaran berharga ini.

Artikel diatas saya pinjam daripada blog penulis Saudara Zamri Nanyan, Usahawan Internet Marketer yang sangat saya hormati kredebiliti beliau dalam menjalankan perniagaan di internet. Beliau akan melancarkan satu produk terbaru tentang affiliate dan diberi nama Pakar Affiliate. Produk ini amat sesuai kepada anda yang berminat untuk belajar tentang cara membuat duit di internet dengan kaedah tak perlukan sebarang produk buatan sendiri.

Satu contoh program affiliate yang sungguh mudah untuk anda fahami adalah dengan mempromosi SeminarTuisyen.Com kepada kenalan yang berminat untuk sertai bidang tuisyen. Anda hanya perlu lakukan pendaftaran di sini http://www.seminartuisyen.com/affiliates/index.php

Anda akan diberikan id affiliate dan anda boleh letakkan banner, link id tersebut di blog, facebook, friendster, laman web, forum dan mana-mana sekalipun dengan syarat id anda ada bersama. Jika pengguna internet klik pada link anda dan mereka mendaftarkan diri ke SeminarTuisyen.Com, maka saya akan membayar komisyen kepada anda seperti yang telah saya maklumkan diruangan akaun affiliate anda.

Senang nak faham, program affiliate ini adalah sebagai ejen bebas sama seperti mereka yang menjadi ejen insuran, ejen hartanah dan lain-lain. Semoga penjelasan saya di blog ini memberi gambaran kepada pembaca, apa itu yang dikatakan Program Affiliate. Sila lihat post yang pernah saya tulis berkenaan Program Pay Per Lead.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

7 Comments

Add Comment