Apa akan jadi jika peperiksaan UPSR dan PMR dimansuhkan?

Share

Peperiksaan UPSR & PMR akan dimansuhkan? Sama ada benar atau sekadar permainan politik, kita sebagai rakyat biasa-biasa ni hanya boleh tunggu dan lihat sahaja. Muncul saja khabar angin yang bertiup kencang ini, kotak inbox emel saya tak putus-putus menerima soalan-soalan yang memerlukan saya untuk memberikan pendapat peribadi tentang perkara tersebut.

Jadi bagi berlaku adil dan menyelaraskan pandangan dan pendapat saya kepada pengaju soalan, maka saya berbesar hati untuk kongsikannya di sumber rujukan utama industri tuisyen, tak lain dan tak bukan di blog yang sedang anda baca ini. 🙂

Tuan & puan, pembaca yang dihormati sekalian. Kita sebagai rakyat biasa tidak ada kuasa untuk menukar sebarang polisi dan perbincangan di meja parlimen. ( psstt..saya bukan juga ahli politik). Maka sebarang perubahan, maka kita hanya akan ikut dan ikut dan ikut dan laksanakan sahaja. Noktah!

Dulu SRP telah ditukar nama kepada PMR, PSRA telah bertukar kepada UPSRA (penilaian sekolah rendah agama negeri), matrikulasi pernah dilaksanakan dua kali iaitu sebelum dan selepas keputusan SPM dan yang terbaru penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik.

Ini antara perubahan-perubahan dalam dasar pendidikan negara dan saya sendiri telah rasai antara perubahan dasar tersebut. Ada yang bersetuju dan ada juga suara-suara bantahan, namun ianya tetap dilaksanakan juga bagi memastikan ‘try & error’ dapat dilaksanakan dan dilihat keberkesanannya.

Bila isu peperiksaan UPSR dan PMR hendak dimansuhkan ini, maka pihak kerajaan perlu melihat dan mempertimbangkan beberapa pandangan dan pendapat para ilmuan. Pastinya ada pelbagai pihak yang terlibat. Dan isu ini juga akan mengambil kira daripada pelaksanaan dasar pendidikan diluar negara dengan mengambil contoh-contoh yang terbaik daripada sistem pendidikan yang dipakai mereka sebagai sumber rujukan.

Jadi sebenarnya, jika hendak dimansuhkan sekalipun, ianya pasti ada penyelesaian dan penggantian dalam sistem peperiksaan terbabit. Ini saya kurang pasti, namun dari sudut logik akal kita boleh jangkakan perkara seperti ini boleh berlaku. Saya bukan di pihak yang menyokong mahupun terus membantah kerana proses kehidupan secara lumrahnya inilah yang boleh dilakukan. Jadi dari aspek kebaikan dan pengaplikasian ilmu pelajar itu sendiri bukan hanya perlu dinilai dengan peperiksaan semata-mata, ianya banyak lagi faktor yang boleh digunapakai dalam memajukan taraf pendidikan di negara kita.

Baiklah itu antara ulasan daripada pendapat peribadi saya tentang isu terbabit.

Persoalan disini, adakah bisnes pusat tuisyen akan terjejas teruk sekiranya peperiksaan UPSR dan PMR benar-benar dimansuhkan?

Sedikit sebanyak ianya akan terjejas. Ini kerana beberapa faktor;

  1. Bilangan pelajar tahun 6, tingkatan 3 & 5 antara yang meramaikan dan memenuhi kelas-kelas di pusat tuisyen. Kita tak nafikan, mereka tuisyen kerana akan mengambil peperiksaan besar.
  2. Ibu bapa suka cari alternatif ‘last minute’ iaitu bila dah masuk tahun peperiksaan, baru nak cari tempat yang boleh memberikan pembelajaran tambahan kepada anak-anak mereka.
  3. Penilaian = peperiksaan, bisnes pusat tuisyen mengambil peluang daripada pelajar yang tertekan untuk mencari tempat mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan.

Apa lagi bisnes lain yang bakal terjejas dengan isu tersebut?

  1. Konsultan pendidikan. Permintaan untuk cikgu pakar memberikan ceramah/bengkel ‘teknik menjawab peperiksaan UPSR & PMR’ akan berkurangan. Penceramah, jurulatih, motivator juga akan kurang mendapat tawaran ceramah. Program-program motivasi peperiksaan juga akan terjejas.
  2. Penerbit dan pengedar buku-buku peperiksaan.
  3. Pengeluar buku teks peperiksaan.
  4. Pengeluar produk portal, web education, CD dan apa sahaja yang ‘target market’ mereka kepada pelajar UPSR dan PMR.

Jadi kesimpulan disini, mana-mana lagi bisnes pendidikan (yang mungkin tidak disenaraikan diatas), akan turut terjejas. Bagi orang-orang/pemilik bisnes, pastinya mereka telah mempunyai perancangan dan ‘back-up business’ sebagai langkah terbaik sekiranya isu ini benar-benar dilaksanakan. Saya sendiri telah ada ‘senjata’ tersebut sekiranya bisnes pendidikan saya bakal terjejas.

Bagi orang-orang baru atau yang hendak memulakan bisnes pusat tuisyen, tak perlu takut dengan isu ini. Saya akan kongsikan di artikel akan datang tentang idea-idea yang boleh dijana dalam bisnes pusat tuisyen. Nantikannya ya!

Penulis;
MasterYus.com

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

5 Comments

Add Comment