Talk Percuma “Perniagaan Internet Bersama Dr Irfan Khairi”

Share

Saya sungguh berkobar-kobar menulis post kali ini. Berkobar nak kongsikan kepada semua pembaca blog setia apa yang berlaku pada diri saya semalam (Khamis).

Sebelum itu saya nak beritahu kepada pembaca semua, sepatutnya tarikh hari ini saya berada di Beijing. Saya dah tempah flight yang sepatutnya terbang pada 5 hingga 10 Jun. Namun disebabkan isu wabak H1N1, maka saya terpaksa tangguhkan ke hujung Nov nanti insyaAllah. Bila postpone flight, maka kenalah top-up seorang RM300++.

Apa yang bestnya bermula hujung Nov hingga Jan, di Beijing adalah musim salji. Jadi alang-alang sampai ke sana, alangkah bestnya dapat merasai salji. Fuhh..tak sabar rasanya.

Oklah kita berbalik kepada tajuk post diatas.

Saya dapat menghadiri Priview Percuma Seminar Rahsia Jutawan Internet Dr Irfan Khairi. Priview ini berlangsung di Cititel Mid Valley. Pada mulanya saya mendapat emel jemputan ke Talk Percuma ini, saya amat teruja dan terus booking tempat. Pastinya Hangat, dan memang terbukti hangat. Kejap je dah penuh tempat. Kawan saya nak booking satu tempat, pihak krew maklumkan telah penuh.

Bermula jam 8 hingga 10pm. Perkongsian ilmu yang amat hebat dan praktikal oleh Jutawan Internet Malaysia. Saya amat bersyukur dan terbuka minda mendengar perkongsian ilmu oleh Dr Irfan Khairi. Walaupun hanya dalam masa sejam, namun ilmu dan Rahsia yang dibongkarkan memang amat berguna bagi saya yang masih baru ini.

“Produk Informasi adalah produk yang mendapat permintaan tertinggi di Internet”. Ini antara Rahsia Internet yang dibongkarkan oleh Dr IK (Irfan Khairi). Empat perkara yang diperlukan untuk memulakan Perniagaan Internet adalah:

  1. Ada Produk untuk dijual
  2. Ada website untuk menjual
  3. Ada sistem pembayaran online
  4. Pemasaran yang berterusan

“Perniagaan Internet adalah menjual sesuatu produk/perkhidmatan di Internet”. Ini definisi Perniagaan Internet yang dikongsikan oleh IK.

Yang paling bermakna pada malam tersebut adalah ‘Pendedahan Eksklusif‘ berkenaan pendapatan Internet IK. Wow…Memang real live. Terbeliak biji mata saya melihat Pendapatan Internet seseorang yang telah bergelar Jutawan. Maaf, saya tak boleh dedahkan tentang hal ini.

Jika kita tak ada Idea Perniagaan apa untuk kita mulakan, IK juga ada dedahkan Rahsianya. Pertama, jual apa kepakaran/kemahiran/pengalaman yang kita ada. Kedua (yang ini memang praktikal dan dapat permintaan tinggi di Internet) iaitu, cari masalah yang berlaku sekarang. Dan buat satu panduan Bagaimana Hendak Menyelesaikan Masalah tersebut. Produk ini akan mendapat permintaan kerana ramai orang perlukannya.

🙂 Saya juga dapat beberapa Idea daripada ilmu tersebut. Tak sabar rasanya nak mulakan.

Dan yang terakhir Dr Irfan Khairi berkongsikan Bagaimana Menjalankan Perniagaan dengan Produk Orang Lain. Iaitu yang dipanggil Affiliate. Maknanya, jika kita tiada produk untuk dijual sekalipun di Internet, kita masih lagi boleh menghasilkan duit dengan Internet.

Sebagai contoh, Dr Irfan ada tunjukkan website beliau yang menjual Peta Malaysia dengan kos pembelian hanya RM15 dan dijual di Internet dengan harga USD 25 (kira-kira RM87) dan untung bersih kira-kira RM70 sebiji. Idea ini memang amat praktikal dan beliau telah lakukannya.

Dalam sesi tersebut, saya juga ada bertanyakan soalan kepada IK. Soalan yang saya ajukan berkenaan masalah yang bakal timbul di internet, dan IK menjawab dengan jelas dan terang. Saya amat berpuas hati.

Anda boleh lihat hebahan tentang Talk Percuma tersebut disini:

http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/talk-percuma-perniagaan-internet-bersama-ik-di-cititel-midvalley-4hb-june/

Selepas sesi tersebut, sepatutnya saya plan nak stay. Tapi ada kawan saya kata nak datang dan saya terus turun ke Lobby. Dan rezeki saya pada malam tersebut, di Lobby saya terserempak pula dengan Otai IM Malaysia yang sungguh Low Profile iaitu Saudara Zul Smartusaha. Saya dah lama memasang impian nak bersemuka dengan beliau dan pada malam tersebut impian saya terlaksana.

Antara blog yang saya tak miss baca setiap hari adalah blog Smartzul dan Dr Irfan Khairi juga tak terkecuali. Bila dah jumpa dengan Saudara Zul ini, saya tak lepaskan peluang bersembang sedikit dengan beliau yang kelihatan agak letih. Makin berkobar-kobar saya pada malam tu. Banyak juga perkongsian yang Saudara Zul ini ceritakan. Memang tak puas. Ada rezeki lain, dapat berjumpa lagi dengan beliau.

Kesimpulan daripada post ini, saya masih lagi dahagakan ilmu untuk terus dan terus Belajar Daripada yang Pakar dan Pengalaman. Guru yang paling bagus adalah ‘Dia Lakukan Apa Yang Dia Cakap‘. Fikir-fikirkan…

p/s: Kamera saya tertinggal, amat menyedihkan. Kelam kabut nak hantar wife Locum + riuh rendah di Balqis & Marissa lagi. Aduss, sayang betul tak dapat capture. Hanya handphone yang sempat amek, tapi gambar kureng memuaskan. huwaa..Untuk bukti kepada anda, inilah gambar yang sempat saya shoot.

p/s/s: Wahai kawan, saya dah semak masa saya Free pada 5 Julai 2009. InsyaAllah masa free saya tersebut untuk saya jalankan semula SeminarTuisyen.Com. Saya akan update di web utama Seminar Tuisyen Dot Com.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

8 Comments

Add Comment