Seminggu selepas bercuti raya 1430H (2009).

Share

Nampaknya seminggu lebih juga blog ini sunyi tidak ditulis dengan post terbaru. Almaklumlah masih lagi dalam mood beraya. Mesti penuh jadual hujung minggu anda semua dengan jemputan rumah terbuka. Jangan lupa pula dengan peluang berpuasa 6. Sungguh besar ganjarannya.

Pada tahun ini giliran berhari raya sebelah keluarga saya di Kuala Selangor dan Teluk Intan, Perak. Malam raya kami bertolak ke Ijok dalam keadaan hujan yang sungguh lebat. Adventure juga bawa kereta masa tu. Tapi dengan pemanduan berhemat, maka sampai juga ke destinasi sambil berbuka dalam kereta.

Hari raya pertama, kami di Ijok dirumah nenek sebelah ibu saya. Raya ke-2, kami ke Bukit Kuching, Jeram belah bapa saya pula. Dan raya ke-3 balik ke Teluk Intan belah ibu saya (saya ada 3 orang nenek dan seorang atuk 🙂 ). Keluarga belah saya memang besar dan ramai. Sungguh meriah jika pergi beraya kerana sekali serbu rumah pakcik makcik maka penuh la kereta hampir belasan buah. Nak runtuh dan riuh rendah dengan keletah anak-anak aka budak-budak. Malam layan mercun (yang berharga puluhan ringgit, ini pakcik saya punya kerja la).

Petang raya ke-3 kami ke Kulim, Kedah belah isteri saya sampai lah Ahad baru kami selamat kembali ke rumah. Raya tahun ini kami masih lagi merasai kemeriahannya dengan kunjung mengunjungi sanak saudara, sahabat handai yang hampir setahun tidak bersua muka.

Cerita yang tak bestnya, ada beberapa perjalanan kami yang terserempak dengan tragedi kemalangan. Kenapalah masih terjadi perkara seperti ini? Kadang-kadang pelik juga, perkara seperti ini tak pernahnya pulih. Pasti ada sahaja nyawa yang melayang dan tubuh yang cedera dek penangan kemalangan.

Isnin (semalam) saya dan isteri kembali bertugas seperti sedia kala. Bila saya semak diari saya maka seperti biasa, kerja yang bertangguh masih lagi belum dilunaskan dengan baik. Dan ada lagi perkara pelik berlaku, ada seorang peserta yang telah memasukkan RM250 pada 27hb untuk mendaftarkan diri ke SeminarTuisyen.Com walaupun saya belum umumkan tarikh rasmi seminar tersebut. InsyaAllah saya tahu ada antara anda yang telah mengemel saya bertanyakan hal tersebut, dan saya akan umumkan tarikh terbaru SeminarTuisyen.Com dalam masa terdekat ini ya!

p/s: (Ada lagi gambar-gambar yang lebih meriah di kamera lain yang belum sempat untuk upload. Sekadar untuk berkongsi kemeriahan berhari raya bersama keluarga besar)

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

6 Comments

Add Comment