8 Tip Penting Trip ke Krabi Island, Thailand.

Share

Aku sangat rekemen Krabi. Tempat percutian yang amat mengujakan.

Dari KLIA II ke Krabi lebih kurang 1 jam setengah. Tak lama. Korang boleh naik MAS atau Air Asia.

Dari Airport Krabi ke Aonang Beach sekitar setengah jam. Ada banyak pantai di Krabi. Aku pilih Aonang sebab kat sana lebih happening dari pantai lain.

Aku lepak di Tipa Resort selepas servey di Booking.com hanya 5-10 minit jalan kaki ke pantai. Tak lah mengadap pantai sangat. Konsep dia ala-ala chalet atas bukit. Syok gak lah, senyap tak bising.

Ada pool, breakfast, tasik buatan dan dekat dengan restoran halal.

5 tip penting yang korang kena ambil tahu bila nak ke Krabi.

1. Ambil pakej trip ke pulau di sekitar tempat korang stay. Kat airport agak mahal sikit.

Contoh, aku dapat trip Phi Phi Island 1200 bath naik speed boat. Sedangkan di sekitar Aonang Beach boleh dapat 900 – 1100 bath je.

2. Trip pagi dan petang. Korang kena spendkan masa ke pulau atleast 2 hari. 1 hari pagi ke Phi-phi Island 8.30am – 4pm. 1 hari lagi ke 7 Island dari jam 2 – 8pm.

Trip Phi Phi Island korang akan dibawa ke Bamboo Island, Viking Cave, Loh Samah Bay, Pileh Bay, Maya Bay, Monkey Beach, Phi Phi Don dan Hin Klang.

Dan trip 7 Island korang akan melawat 7 pulau. Poda Island, Chiken Island, Phra Nang Cave, Tup Island, Si Island, Talu Island. Yang best nya ada extra rock climbing, tengok sunset, dinner tepi pantai, fire show dan tengok plankton. Trip ni naik Longtail Boat.

3. Sepanjang trip ke pulau korang bawa lah roti/biskut/kacang untuk alas perut. Selain isi perut sendiri korang boleh buat umpan panggil ikan datang masa snorkling. Dorang tak provide makanan ikan.

Selain tu terus pakai swimming suit, towel, kamera, monopod, sunblock, beg kalis air. Dalam boat pasti basah.

4. Makanan halal cari yang pekerjanya perempuan bertudung. Di Aonang ada beberapa gerai halal dan restoran Bamboo Halal Food.

Hati-hati dengan restoran Indian Food. Dorang ada tulis halal tapi dalam tu ada arak. Aku tanya orang Muslim sana dorang pun tak rekemen.

5. Tukar duit. Korang boleh tukar duit RM300 dulu. Kemudian RM300 lagi. Ada banyak Money Changer di sekitar Aonang. Tukar duit di sana lebih berbaloi dari di Malaysia. Rate masa aku di sana sekitar 9.3 hingga 9.6

6. Room/hotel ada banyak. Better korang buat booking thru Booking.com atau Agoda.com dulu sebelum terjah.

Harga walk-in lebih mahal berbanding korang buat booking online. Kat sana ada banyak wifi. Korang beli je air mineral then minta dorang password wifi then boleh surf internet.

7. Thai Massage. Gila murah kat sana. Korang boleh massage setiap hari selepas balik dari pulau. 1 jam baru 200 Bath (RM20). Nak best ambil 2 jam then relax. Semuanya profesional tanpa ada extra service.

8. Extra aktiviti. Kalau korang lama kat sana, pergilah shooting range ada banyak pilihan gun dan rifle termasuk ada archery. Atau korang boleh naik gajah dan kayak.

Semoga tip-tip penting ini membantu trip bajet korang melancong tanpa keluar duit yang banyak.

Hati menyanyi poket menari. Baru lah besh kan.

Gambar-gambar sepanjang trip ke sana korang boleh jenguk di Fan Page www.facebook.com/MasterYusFan

– Master Yus –

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment