6 Februari 2010 amat bermakna buat diri saya.

Share

Hari ini dalam sejarah!

Saya telah dilahirkan daripada perut ibu, Rukhayah bte Sangat di Hospital Besar Kuala Lumpur. Syukur Alhamdulillah, hari ini genap umur saya mencecah 28 tahun. Ini bermakna 28 tahun saya telah diberikan ruang dan peluang oleh Pencipta untuk memberikan sesuatu di muka bumiNya.

Sebagai perkongsian kepada pembaca setia blog ini, saya nak buat sedikit rumusan apa yang telah capai dengan rezki pemberian Tuhan Yang Esa ini. Pastinya, rezki tuhan amat luas dan sedang bertaburan di muka bumiNya. Catatan hari ini juga akan menjadi saksi dan bukti kepada saya serta anak-anak, apa yang telah dilakukan oleh abby mereka pada tahun 2010.

Alhamdulillah, hanya tuhan yang layak dipuji, disembah dan tempat untuk saya meminta pertolongan. Pada umur 28 tahun ini, dengan keizinan dan bantuan daripadaNya, saya telah dipinjamkan olehNya:

1) Seorang mak & abah yang masih dalam keadaan sihat. 4 orang adik-adik yang semakin bijak memandu haluan hidup masing-masing.

2) Seorang isteri yang ‘caring’, memahami dan penyokong perjalanan karier hidup saya. Beliau adalah Noorizan Md Noor. “I Love U Honey”, ungkapan yang tak pernah luput dari bibir mulut saya. 2 orang puteri kesayangan iaitu Noor Balqis Sofiyyah & Noor Marissa Mya Zara yang semakin membesar, aktif dan bijak menurut acuan abby & ummy.

3) Anak murid yang semakin ramai dan ada antara mereka yang telah menjadi manusia yang berbakti semula kepada masyarakat. Itu yang penting, segala ilmu yang diperoleh perlu dicurahkan semula untuk memandaikan lebih ramai umat manusia di muka bumi ini.

4) Perniagaan yang telah saya usahakan bermula tahun 2003. Dan dengan bantuan serta keizinan Yang Esa, perniagaan telah berkembang dan terus melebarkan sayap untuk memberikan manfaat kepada orang ramai.

5) Sebuah kondominium untuk berteduh, 2 buah kereta untuk berkhidmat dan sebuah motosikal untuk elak jem :-).

6) Kebebasan masa untuk membimbing keluarga, masyarakat dan diri sendiri. Dapat membawa keluarga melihat keindahan ciptaan tuhan di negara orang. Sehingga tahun 2010, 7 tempat telah berjaya dilawati iaitu Bali, Jakarta+Bandung, Phuket, Medan+Danau Toba, Jogjakarta+Solo, Bangkok dan terbaru di Beijing. Kepuasan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.

7) Rezki yang tak pernah-pernah putus. “Syukur alhamdulillah, dengan rezkiMu ini dapat mendekatkan diriku padaMu Ya Allah”.

“Selamat Hari Lahir Abang, semoga hubungan kita kekal hingga ke syurga”, terngiang-ngiang kata-kata isteri saya sambil diberi pelukan erat semasa saya menulis post ini.

“Happy besday to you abby”, sambil pipi saya dikucup oleh Balqis yang dah mula petah berkata-kata. Birthday beliau pada 7 Januari lepas genap berumur 3 tahun.

Bersempena dengan hari yang amat bermakna buat diri saya ini, saya tak lupa untuk memberikan sesuatu kepada anda tanda ingatan saya kerana anda sentiasa memberi sokongan dan semangat untuk saya terus memberikan bakti kepada orang ramai.

Untuk merasai ‘feeling’ hadiah daripada saya, maka terus baca disini: http://masteryus.com/besday/besday.htm

Doakan saya ya, kawan-kawan!

Ikhlas,
Master Yus

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

7 Comments

Add Comment