5 sebab kenapa anda perlu lakukan tuisyen

Share

Ini antara petikan yang saya ambil daripada salah satu bab dalam buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’. Dengan 5 sebab inilah saya perlu lakukan tuisyen.

5 sebab kenapa anda perlu lakukan tuisyen.

1. Jawapan pertama kepada sebab diatas adalah sudah tentunya duit. Hai kawan, tipulah jika saya katakan anda sanggup untuk mengajar ilmu anda secara percuma. Mungkin ada sesetengah perkara kita boleh lakukan secara percuma. Walaupun begitu, setiap pengajaran anda perlu bertunjangkan untuk berkhidmat kepada anak bangsa. Anda perlu tahu bahawa jika anda ke tempat tuisyen sahaja, telah ‘confirm’ yang kedatangan anda itu perlu dibayar. Anda belum pun mengajar lagi, tetapi inilah hakikatnya.

Masa anda belajar dahulu berapa banyak duit yang anda telah peruntukkan? Dan setiap ilmu yang anda pelajari mahal nilainya. Jadi tak salah khidmat tuisyen anda juga boleh bersandarkan duit yang bakal anda terima.

Dan satu perkara yang anda perlu tahu sebab anda perlu lakukan tuisyen kerana anda dibayar mengikut jam. Jika anda berkerja 5 jam, maka 5 jam lah anda dibayar. Jika 10 jam sehari maka 10 jam lah anda dibayar. Wow kawan, anda sebenarnya seperti seorang pakar yang dibayar mengikut jam khidmat servis anda. Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah sendiri menerima bayaran ribuan ringgit setiap jam ilmu yang beliau curahkan.

2. Anda tidak perlukan modal yang tinggi untuk menyediakan resume. Ini kerana saya akan bongkarkan rahsia kepada anda cara untuk memperkenalkan diri anda sebagai seorang Cikgu Tuisyen kepada ibu bapa diluar sana. Apa yang anda perlu lakukan adalah bersedia sahaja menerima panggilan dan tawaran daripada mereka yang perlukan khidmat tuisyen anda. Dan hanya melalui telefon sahaja anda boleh ketahui bahawa anda di terima atau ditolak. Tak seperti realiti kerja makan gaji, dimana anda perlu mengahadiri sesi temuduga dan terpaksa tunggu beberapa minggu untuk ketahui jawapan temuduga tersebut.

3. Mengajar tuisyen memang mudah. Apa yang anda perlukan, pertama sekali adalah ilmu. Jika anda ada ilmu subjek yang bakal anda ajar, maka anda telah layak mengajar orang lain. Contohnya, jika anda hendak mengajar Matematik UPSR maka anda perlu tahu silibus tentang subjek tersebut.

Mudah dalam erti kata lain, anda tidak perlu bersusah payah untuk mempelajari sesuatu yang baru. Ini kerana anda semestinya pernah menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Dan pastinya anda telah dapat gambaran bahawa mengajar tuisyen sebenarnya adalah mengajar semula apa yang pernah anda belajar beberapa tahun yang dahulu.

4. Masa yang digunakan untuk mengajar tuisyen adalah berbaloi. Seorang rakan kenalan saya pernah berkerja di KFC ( tau KFC kan? Kentucky Fried Chicken). Namun apabila dia tahu tentang kehebatan tuisyen, maka dia mencubanya. Dan dia sangat menyesal kerana bayaran 6 jam dia berkerja di KFC sama dengan 1 jam dia mengajar tuisyen. Banyak beza tu kawan.

5. Sebab yang terakhir kenapa ada perlu lakukan tuisyen adalah permintaan tuisyen sememangnya tinggi. Jika anda perhatikan fakta dan statistik yang telah saya nyatakan di bab awal, maka inilah masanya anda perlu menuju kearahnya.

Seorang peniaga yang berjaya adalah mereka yang bijak menjual barang yang tinggi permintaannya. Seorang yang menjalankan kerja perkhidmatan, juga akan berjaya jika dapat melihat permintaan yang tinggi diluar sana. Hai kawan, tuisyen sedang tinggi permintaannya. Jadi apa tunggu lagi? Mari mulakan tuisyen selepas habis membaca buku ini.

Jika anda ada sebarang komen dan cadangan, sila tinggalkan diruangan komen dibawah. Mungkin pandangan terbaik anda saya boleh selitkan dalam buku kedua saya nanti :-), insyaAllah.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

19 Comments

Add Comment